Wednesday, September 14, 2011

Masalodeh Rangup



Assalamualaikum. Meh layan Masalodeh Rangup ni....atas permintan cik abang sayang yang  teringin nak makan masalodeh...Mas buat masalodeh semalam....masa mencari2 resepi masalodeh, akhirnya terjumpa resepi Masalodeh Rangup ni kat Myresepi dan tertarik nak menerainya....tengok respon, ramai gak yang dah mencubanya...Alhamdudillah....sedappp masalodeh ni....memang rangup diluar....maceh pada tuan resepi Isya Irfan@myresepi kerana sudi berkongsi resepi masalodeh rangup yang sedapp ni....

Masalodeh Rangup
Sumber : MasDuniaku
Bahan :
  • 2 genggam kacang dal - direndam semalaman
  • 1/2 bii bawang besar - dipotong dadu
  • Cili padi @ cili kering @ cili merah @ cili hijau - dihiris - Mas guna cili kering
  • Daun kari - dihiris
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 1/2 sudu kecil jintan manis - ditumbuk kasar
  • sedikit ikan bilis - ditumbuk - Mas tambah
  • 1/2 biji telur - Mas tak letak pun
  • secubit tepung ubi - untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat, tp kalau adunan dh agak boleh dibentuk, tak payah letak tepung ubi pun takpe.. Mas tak letak pun

Cara membuatnya :
  1. Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air. Kalau tak hancur sume pun takpe. Mas kisar jerk guna pengisar yang kering.
  2. Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari, cili, ikan bilis yang ditumbuk, serbuk ikan bilis, jintan manis dan telur. Mas tak letak telur pun.
  3. Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sebab serbuk pati ikan bilis dah masin)
  4. Gaul rata @ sebatikan adunan dan kepal2 kan padat2. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
  5. Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng ( guna api sederhana dengan minyak banyak macam menggoreng donut ) biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga masalodeh garing @ masak.
  6. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment