Assalamualaikum.
Tengok Kaswi nie, teringat kisah HaSue dan Kaswinya....sabar jerkkk ngan minah sorang tu...Kaswi ni Mas buat sabtu lepas...buat 1/2 adunan pun puas juga makan ngan anak2....terasa sedikit kelainan pada kaswi ni bila terasa nescafe tu....memang sedappp...kaswi nie pun elok jerk bergoyang2 bila dipegang...kiranya tak keras la kan...he3....macam yang Izahdaut cakapkan....lagi resepi kaswi yang harus dicuba .....memang best.....
Kuih Kaswi Blacmore
Resepi : sis blackmore & resepidiana
Bahan :
1 cawan gula pasir *izah guna 3/4 cwn sahaja
1 cawan gula merah
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
3 sudu besar air kapur (cair2 aje)
5 cawan air
1/2 sudu kecil nescafe - untuk aroma yg wangi
2 helai daun pandan carik2 *izah tambah
sedikit minyak utk disapu diloyang
1/2 biji kelapa parut gaul dengan garam
Cara membuatnya :
Masakkan gula pasir dan gula merah bersama daun pandan dengan 2 cawan
air sehingga gula larut. Juga masukkan nescafe.
Tutup api , ketepikan sebentar.
Campurkan ketiga2 tepung dan bancuhkan dengan 3 cawan air. Kemudian tapiskan air gula yang dimasak tadi ke dalam bancuhan tepung.
Masukkan pula air kapur. Kacau sebati.
Loyang disapu dengan minyak, dan pastikan air pengukus betul2 mendidih.
Kukus adunan selama 30-40 minit, sejuk dan hidangkan.
* Mas pun macam Izah kukus guna acuan lompang yang disapu dengan minyak. Kukus hampir 15 minit.
No comments:
Post a Comment