Assalamualaikum.
Pagi ni jom sarapan Magggi Goreng. Mas menggunakan maggi kosong brand Cintan.
Memang menjadi salah satu barang yang tersenarai dalam barangan dapur kering, maggi ni sedapp digoreng atau pun dibuat sup...dan senang menyimpannya....boleh jadi stok barangan dapur dan cara menggorengnya sama jerk macam goreng mee kuning tu...Mas suka goreng ala2 mee goreng mamak..memang sedapppp...
Maggi Goreng Ala Mamak
Resepi : Mas Duniaku
Bahan :
3 keping maggi kosong - Mas guna brand Cintan
udang, daging atau isi ayam
2 biji bawang kecil - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit udang kering - ditumbuk
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah kari
5 biji cili padi - dihiris
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
sedikit sos ikan
garam dan gula secukup rasa
sedikit kiub ayam
kobis @ sawi
1 biji tomato - dibelah 6
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk lada putih
Cara Memasak :
Panaskan air dalam periuk dan masak seketika maggi kosong hingga lembut dan angkat dan toskan. Masukkan dalam air biasa dan leraikan2kan maggi tu dan toskan. ( ini supaya maggi tu tak melekat2 masa menggoreng nanti ) Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang kecil hingga wangi.
Masukkan bawang putih dan udang kering, kacau seketika hingga wangi.
Masukkan cili mesin, rempah kari dan cili padi.
Lepas tu bolehlah dimasukkan sos tiram, sos cili, kicap manis, kiub ayam, garam dan gula .
Biarkan seketika dan masukkan udang @ ayam @ daging dan tomato.
Biarkan seketika dan masukkan maggi kosong tadi yang dah ditoskan.
Kacau rata maggi tu seketika dan pecahkan telur dalamnya,tutup telur tu dengan maggi, biarkan sekejap dan masukkan terus kobis @ sawi dan sos ikan, kacau sebati semuanya dan last tabur serbuk lada putih.
Angkat dan hidangkan. Tabur hirisan daun saderi dan perahkan limau sebelum dimakan.
Kutip sekali bunga yang cantik nie pemberian dari Kak Nieza sempena 2 tahun Anniversary Our Journey Begins .
Tahniah Kak Nieza, moga Our Journey Begins terus mantap meletuppp dengan entry2 yang menarikkkk.....
No comments:
Post a Comment