Thursday, April 12, 2012

Roti Inti Sambal Bilis



Assalamualaikum.
Bersiaran lagi setelah menyepi seketika....tetiba pulak fb buat hal..tak boleh buka paparan halaman...jadi kosonggg....semua komen2, Mas tak dapat baca....aduhh...bengang dibuatnya...bila tengok kat fb ( bantuan ) rupanya ramai yang masalah fbnya sama macam mas....nanti2 la godek lagi ....kalau ada yang pernah alami masalah sama macam Mas..tolongggg yerkkk..dah restart balik lappy ni tadi macam yang Izah ngan HaSue kata...tetap sama jerk...huhuhuhuhu
Berbalik pada entry hari nie, kita meroti pulak yerk...entry tertangguh sebenarnya...Mas buat roti ni minggu lepas...tergoda lak nengok Roti Inti Kelapa Harum Pandan yang Kak Ct Delima tayangkan ...memang lembut gebuss roti ni dan Mas letakkan inti Sambal Ikan Bilis. Hmmm...memang sedappp...maceh pada tuan resepi yang cantikk manis Ros JintanManis. Tak lupa juga maceh pada Anna atas pemberian bekas untuk meroti tu....dah lama Anna kasi..baru nak guna..he3 

Roti Inti Sambal Bilis
Resepi : Ros JintanManis.
Sumber : Kak Ct Delima


Bahan ( untuk doh roti) :
300gram tepung roti
2 sudu besar susu tepung @ skim milk
3 sudu besar gula
1/2 biji telur 
1 1/2 sudu besar butter @ marjerin
120ml susu suam @ air suam
2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar water roux

baki telur + 2 sudu besar susu segar @ air + beberapa titik madu 



Cara ( Doh Roti) :
Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM) :
 Masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
Kaedah 2, Jika uli tangan : 
Masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali coklat rice  dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.
Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada 9 bebola kecil dan bulat-bulatkan, leperkan sedikit doh dan masukkan inti kelapa ( Mas letak sambal ikan bilis ), tutup kemas,  susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur dan toppingkan dengan sedikit kelapa kering dan jalurkan atasnya dengan srikayapandan, bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.
Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Nota :
Macam Mas menggunakan inti 
Sambal Ikan Bilis, Mas masukkan sambal tu dalam esbox selama 1 jam untuk keraskan sikit sambal tu supaya senang nak masukkan dalam doh tu nanti.



No comments:

Post a Comment