Assalamualaikum.
Nasi Goreng Planta ni memang menjadi kesukaan Ain ngan Daniel, kadang - kadang sampai Mas pun join makan sekali....nasi goreng yang senang dibuat dan sedappp...tak payah nak sediakan banyak ramuan dan tumbuk bebahan pelbagai...main campak2 jerk dalam kuali...siappppppp........ni gara2 iklan nasi goreng planta kat tv la...ada pulak permintaan, jadi Mas pun buat......memang sedappp.....
Nasi Goreng Planta
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
2 cawan nasi
2 sudu besar planta
1 biji telur
1 sudu kecil lada sulah
sedikit garam
1/2 sudu kecil secukup rasa - optional
mix vegs, sosej , isi ayam
Cara memasak :
Panaskan planta sampai cair.
Masukkan mix vegs, sosej , isi ayam, secukup rasa dan secubit garam secukupnya. Kacau sebentar.
Masukkan telur (x payah pukul), Kacau kejap.
Terus masukkan nasi dan kacau rata2 selama 3 minit.
Taburkan lada sulah dan kacau lagi.
Hidangkan dengan telur goreng jika suka. Sedap dimakan ketika panas.
No comments:
Post a Comment