Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Semua



Assalamualaikum.
Entry khas untuk ucapan Selamat Hari Raya buat semua kawan-kawan blogger yang dikasihi.
Syawal bakal menjelma lagi, Alhamdulillah..... 
InsyaAllah, kita akan menyambutnya pada 31 Ogos 2011 serentak dengan sambutan Hari Merdeka, Bersyukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA kita masih diberi kesempatan untuk meraikan hari yang mulia ini....
Selamat Hari Raya Aidilfitri Mas ucapkan buat semua pengunjung Blog Duniaku. 
Di kesempatan ini Mas dengan rendah hati memohon ampun maaf andai ada, terkasar bahasa atau tersilap kata, tak kiralah masa bergurau senda ataupun semasa  bersembang . Sesungguhnya yang baik2 itu semua datangnya dari ALLAH manakala yang tak elok atau pun yang tak betul itu datangnya dari kelemahan diri Mas sendiri. Mas juga memohon dihalalkan segala resipi atau ilmu yang telah diambil yerk.... Semoga hubungan silaturrahim di antara kita semua berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya.....InsyaAllah....akhir kata, Mas ucapkan..... 

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua, Maaf Zahir Batin.....

Sudi2kan la amik kad raya dari Mas ni untuk digantung di rumah masing2....

Kad yang diterima dari kawan2, Terima Kasih Banyak2 :




Dari Sis Lin : Bisikan Hati



Dari Chikadakbiru : Welcome To My Life



Dari Noorsha : 1001 Cerita 1001 Rasa



Dari Izah




Dari Kak Nor

 
Dari Deliah

Dari Cik Mat Gebu DTS 

Dari Kak Madihaa

Dari Quinnie

Dari Along Roz

Dari Ita 

Dari Kak Ct Delima

Dari Kak Wana

Dari Kak Azatie

Dari Kak Naz

Dari Kak Azlita Aziz

Dari Love 

Dati Mamasya

Dari Mekna

Dari Mimiey


Dari Kak Nieza

Dari Ros Jintanmanis

Dari Kak Ummi

Dari Kak Yatie

Dari Erma Halamanku



Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Kepada semua kawan-kawan yang Along sayangi dan juga para pembaca.... terima lah kad ini sebagai pengganti diri sebagai ucapan tulus ikhlas dari Along & keluarga. Halalkan ilmu2 yang di kongsi bersama. Kad ni juga buat pengganti kek lapis dari Along untuk semua sempena hari raya...hehe. Sudi2 lah bawa balik kad ini.... maaf ya, tak sempat nak berziarah ke rumah kawan2 semua untuk beri ucapan peribadi. Selepas raya nanti baru dapat kesempatan untuk kutip kad dari kekawan pula...

Semuga anda semua berbahgia di hari yang mulia ini. Yang nak balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya. Along tak balik tahun ni, raya kat Sarawak....

Tapioca Kuih II ( Bingka Ubikayu II )

 Everyone is busy making Raya cookies and cakes and here I am still making kuih for Iftar....hehe. Anyway this kuih is really nice with soft & smooth texture and not too sweet. I made it last Friday to serve some friends who breaking-off fast with us. Most of them gave compliment for the kuih.
By: Roz@HomeKreation
Source: MamaHawa
Origin: Rozzan
Translated into English by HomeKreation
Recipe is reduced & retyped as below to fit smaller tin i.e. 8" sq
Size: 8" square
INGREDIENTS:
600g Grated Tapioca - strained & throw away starch
150g Sugar
1 tbsp Ghee 
2 Eggs
300ml Thick Coconut Milk
1 tbsp Pandan Paste
90ml Water
1/2 tsp Salt
Few drops Yellow Coloring (to ligten up the green color) 

METHOD:
1. Mix all in according to the above order.
2. Pour into an oiled pan.
3. Bake at 200C for 1 hour.
*******************************


BAHASA MALYSIA VERSION
Semua orang dok sibuk buat kuih raya, kita masih dok buat kuih buka puasa...hehe. Sedap kuih ni, rugi kalau tak cuba. Tekstur yg lembut & rasa yg sedap harum pandan.

Source: MamaHawa
Origin: Rozzan
Along kurangkan sukatan spt di bawah utk saiz tin yg tertera
Resipi di taip semula utk lebih ringkas
Saiz: 8" persegi
BAHAN2:
600g Ubikayu Parut - tapis & buang kanji nya
150g Gula
1 tbsp Minyak Sapi
2 bj Telur
300ml Santan Pekat
1 sbp Pes Pandan
90ml Air
1/2 st Garam
Beberapa titik Pewarna Kuning (utk mendapatkan warna hijau yg lebih menarik) 

CARA2:
1. Campurkan kesemua bhn2 menurut susunan di atas.
2. Tuangkan ke dlm tin yg di minyakkan.
3. Bakar 200C selama 1 jam.


Friday, August 26, 2011

Fried Shrimps (Udang Geragau Goreng)

 Made this several days ago to clear my frozen shrimps.....
By: Roz@HomeKreation
Source: Rossya Ahd Fotopage (no specific measurement given so below is how I made mine)
Translated into English by HomeKreation
INGREDIENTS:
1 small bowl Shrimps
2 tbsp Rice Flour
1 Egg
1 tsp Coriander*
1/2 tsp Fennel Seeds* (* pounded) 
Curry Leaves (HomeKreation: I added) 
Salt

METHOD:
1. Mix all & divide into small balls.
Deep fry until golden.
2. Serve with rice or by itself.
*******************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Cara mudah & enak untuk menikmati udang geragau....

Source: Rossya Ahd Fotopage (takda resipi khusus, di bawah ni sukatan yg Along buat) 
BAHAN2:
1 mangkuk kecil Udang Geragau
2 sb Tepung Beras
1 bj Telur
1 st Ketumbar*
1/2 st Jintan Manis* (* tumbuk) 
Daun Kari (HomeKreation: Along tambah sendiri) 
Garam

CARA2:
1.Campurkan kesemua bahan sehingga sebati & bulat2kan.
Goreng sehingga garing.
2. Hidangkan dgn nasi atau makan begitu sahaja.



Thursday, August 25, 2011

Gifts from Liana's Mertua

Hari ni kita di kejutkan dengan bungkusan pos laju.... jeng... jeng... jeng! Nak tau dari siapa..... hehe... dari besan kita yang tersayang ni. Bertuah nya Liana dapat mama mertua yang thoughtful cam ni.... siap kasi kad raya (satu untuk Liana, satu untuk Along), baju raya dan angpow pun ada....!! Ada juga macam2 barang2 yg kiut2 untuk Along... suker sangat dgn semua tu & terutama nya sangat gembira dengan ingatan nya...! Caaaaaayang besan kita tau. Liana ketawa bila Along cakap ni adiah dari mertua & tunang nya.... geli-hati Along. Bila tanya pandai jer dia jawab nama siapa yg kasi baju raya tu. Nanti senang2, Along suruh Liana posing dgn baju raya dia tu - dah test memang muat & pandai mamamertua dia pilih, sesuai dgn warna & feshen kesukaan Liana. Terima-kasih tak terkata besan ku cayang..... mmmmuah2. Di harap hari raya tahun ni amat meriah bagi mu setelah beberapa tahun merantau kat negri orang, tentu sonok raya kat tempat sendiri kan.

Wednesday, August 24, 2011

Rendang Pedas Daging




Assalamualaikum.
Alhamdulillah...hari ni dah nak masuk 25 hari kita berpuasa kan.....Ain ngan Daniel pun tak tinggal puasa lagi.....InsyaAllah, rabu depan kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Merdeka serentak....Rendang Pedas Daging ni adalah juadah utama keluarga mertua Mas dihari lebaran......sangat sedap dimakan dengan lemang dan ketupat....selalunya Rendang Pedas Daging ni dimasak hingga kering...boleh juga berkuah jika suka....ikut selera masing2...selalunya kalau Mas sekeluarga, memang akan masak Rendang Pedas Daging ni kering....lebih sedapp....baru terasa serdak2 tu.....Rendang Pedas Daging diatas ni Mas buat untuk juadah berbuka puasa 2 hari lepas.....teringin pulak nak makan rendang bila tengok daging yang segar kat Carefour hari tu...lagi pun Mas memang selalu buat rendang gini.....anak2 dan suami memang suka....rendang ni kalau dimasak betul2 kering, boleh bertahan lama tau...dan lebih sedapp bila dipanaskan lagi....jadi untuk yang mencari2 resepi rendang, boleh lah mencubanya....memang best....


Rendang Pedas Daging
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 kilo daging - dihiris kecil2
2 biji bawang besar - dihiris halus
1 helai daun kunyit - dihiris halus
1/4 inci halia - dihiris nipis
* 1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
* 10  biji cili kering yang direndam ( kalau nak pedas boleh letak lebih )
* 2 batang serai
* 1/2 inci kunyit hidup
* 1/2 sudu kecil garam kasar
* 3 ulas bawang putih
santan dari 1 biji kelapa
gula secukup rasa
sedikit garam halus untuk ditambah jika kurang masin
3 sudu besar kelapa parut - ditumbuk sedikit

Cara memasak :
Kisar atau tumbuk halus bahan2 yang bertanda  * . Ketepikan.
Masukkan daging ke dalam kuali. 
Masukkan bahan2 yang dikisar atau ditumbuk halus tadi. Gaulkan atau sebatikan dengan daging. 
Masukkan bawang besar yang dihiris nipis, halia yang dihiris nipis, daun kunyit yang dihiris halus, santan ,kelapa parut yang telah ditumbuk sedikit dan gula . Gaul sebati.
Buka api dan masak rendang tadi hingga masak.Jika rasa kurang masin boleh tambah garam halus. 
Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau rendang hingga daging empuk dan rendang kering.
Sedap dimakan dengan nasi panas, lemang atau ketupat.


Pulut Panggang (Grilled Glutinous Rice Roll)

 Made this Pulut Panggang in order to clear my glutinous rice stock. I used frozen Serunding Udang Geragau that I made quite sometime ago here as filling. If you notice my Pulut Panggangs are round and cylinder unlike the ones in Semenanjung which are a bit flat. I learn to roll this way from my MIL and there is also a way to secure it neatly at both ends (I don't know how to demonstrate it unless via video).
A cylinder shaped Pulut Panggang
I didn't measure the amount of ingredients when I made it as I usually simply threw things when making this kind of kuih like what my mum did.... Below recipe is a guide and please use your judgement to adjust the amount of coconut milk appropriately.

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1 bowl Glutinous Rice - washed & soaked 1 hour/more 
1/2 bowl Thin Coconut Milk
1/2 bowl Thick Coconut Milk (the thicker the nicer it tastes) 
1 tsp Salt
Coconut/Shrimp Serunding Filling (I used the one from here) 
Banana Leaves

METHOD:
1. Place glutinous rice, thin coconut milk & salt in a container & steam 30 minutes.
Pour thick coconut milk & mix well.
Keep aside.

2. Spread a scoop of glutinous rice on a piece of banana leaf.
Place a spoon of filling in the middle & roll.
Secure the end with tooth pick or stapler.
Repeat until all glutinous rice is used up.

3. Grill the kuih on a charcoal stove or a griddle until fragrant and oily.
Serve hot or cool.
****************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Pulut panggang memang kegemaran ramai & sebenar nya tak susah nak buat. Along buat ni selalu takda sukat2 pun, main campak2 jer. Resipi kat bawah ni sebqgai panduan bagi yg nak mencuba tapi pandai2 lah adjust santan tu ya. Cara Along membungkus kuih ni sedikit berbeza drpd Pulut Panggang di Semenanjung sbb di Sarawak bentuk nya silinder bulat tidak leper. Along belajar cara nak kemaskan hujung nya drpd MIL, nak demo kat sini susah ler melainkan guna video.

BAHAN2:
1 mangkuk Beras Pulut - basuh & rendam sekurang2 nya 1 jam
1/2 mangkuk Santan Cair
1/2 mangkuk Santan Pekat (lagi pekat lagi sedap)
1 st Garam
Serunding Udang/kelapa (Along guna Serunding Udang Geragau yg Along bekukan selepas buat dulu kat sini)
Daun Pisang

CARA2:
1. Letak pulut, santan cair & garam dlm bekas & kukus 30 minit.
Gaulkan santan pekat & ketepikan.

2. Ratakan 1 senduk ke atas sekeping daun pisang.
Letakkan serunding di tengah & gulung kemas.
Sematkan kedua2 hujung daun dgn lidi / stapler.
Buat sehingga pulut habis.

3.Panggang kuih atas dapur arang atau kuali leper sehingga wangi & berminyak.
Hidangkan panas2.

Tuesday, August 23, 2011

Popia Pedas @ Popia Bersira Sambal



Assalamualaikum.
Popia Pedas @ Popia Bersira Sambal ni memang wajib dibuat tiap kali Mas balik kampung....memang dah jadi peberet family kat kampung...hmm...memang sedappp....kalau dah dapat menguyah....memang tak boleh berhenti tau....Popia Pedas @ Popia Bersira Sambal ni Mas belajar dari mak Mas...boleh ditambah ikan bilis yang digoreng, bijan yang disangai dan kacang tanah dalamnya ikut selera masing2...tapi Mas selalunya buat gini jerk..hanya diletak sambal ...sebab yang nak makan tu macam2 ragamnya...layan jerk lah yerk...untuk resepi Popia Manis, boleh lihat DISINI

Popia Pedas @ Popia Bersira Sambal
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 bungkus besar kulit popia 
1 biji telur - pukul sikit @ bancuhan tepung gandum pun boleh

Bahan untuk sambal :
4 sudu besar cili kisar
1 biji sederhana bawang besar - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
sedikit udang kering - tak nak letak pun tak pe
garam secukup rasa
sedikit kiub ikan bilis
5 sudu besar gula     
                         
Bahan sampingan :
ikan bilis - basuh, toskan dan goreng garing
kacang tanah - goreng tanpa minyak
bijan - goreng sikit tanpa minyak


Cara membuatnya :
Ambik sehelai kulit popia dan gulung, kemudian lekatkan dengan telur @ bancuhan tepung gandum.
Kemudian gunting serong - serong hingga habis dan goreng dalam minyak penuh hingga warna keperang - perangan.
Angkat dan toskan sebentar. Jangan biarkan terlalu lama diluar. Sesudah habis goreng semua popia terus buat sambal.
Tumis semua bahan2 kisar dan masukkan garam secukup rasa dan kiub ikan bilis, kacau, masukkan gula dan kacau lagi, biar hingga pekat dan gula hancur, tutup api dan terus tuang popia yang digoreng tadi, kacau sebati...masukkkan juga ikan bilis, kacang tanah dan tabur bijan jika suka. 
Biarkan sejuk sebentar dan terus simpan dalam bekas bertutup rapat.




Biskut Suji Brunei

 What a relief, after not so good outcome on my first two trial, my third cookies turned-out to be really tasty, fragrant and melt-in-the-mouth. I always like to try out new recipes and the prize is 50-50 chance you will find something surprisingly good or a disappointment. Failures do not necessary means bad things - if you look at it positively, you will learn something out of it. Real good recipes are precious and not easily shared by people. This cookies was very popular at one time but no one is sharing the recipe until lately. Big compliment to Encik Mat Gebu for sharing and promoting this lovely cookies.
By: Roz@HomeKreation
Source: Cik Mat Gebu
Original by: Harlina Mahdar RN
Translated into English by HomeKreation
INGREDIENTS:
200g Ghee
100g Shortening
180g Castor Sugar
100g Cornflakes
- blend finely
1 Egg Yolk
80g Sugee

80g Cornflour
Plain Flour - adequately (+/- 370g)

COATING:
Nestum
- blend finely
Milk Powder
Icing Sugar (optional)
- Mix well


METHOD:
1. Beat ghee, shortening & sugar until well mixed.

Add in egg yolk & mix well.
Add in sugee, cornflour, flour gradually until soft dough is formed.
 

2. Pinch some dough and roll into small marble size balls.
Arrange onto baking tray.

3. Bake 180C for 20 minutes until crispy.
Cool on a baking tray.

Roll onto coating mixture & place in a paper cups.
Keep in an airtight container.
*******************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Biskut yang sangat sedap, Along letak 5* & maceh CMG kongsi resipi yg marbeles ni. Tekstur yg sangat gebu, harum, amat sedap sekali......

Source: Cik Mat Gebu
Original by: Harlina Mahdar RN
Resipi di ringkaskan sedikit utk mudah-rujuk
BAHAN2:
200g Minyak Sapi
100g Shortening
180g Gula Kastor
100g Cornflakes
- kisar halus 
1 Kuning Telur
80g Suji
80g Tepung Jagung
Tepung Gandum secukupnya (+/- 370g)

BAHAN SALUT:
Nestum
-  kisar halus
Susu Tepung
Gula Aising (optional)
- Gaul rata kesemua bahan salut

CARA2:
1. Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga rata.
Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan rata.
Perlahankan kelajuan, masukkan suji, tepung jagung, cornflakes dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut.
 
2. Ambil secubit adunan dan gentel sebesar guli, susun dalam loyang pembakar.
Buat sehingga habis.

3. Bakar 180C selama 20 minit atau hingga kuning keemasan.
Biarkan sejuk atas dulang pembakar. 
Golek dalam bahan salut & isi dalam paper cup.
Simpan dlm bekas kedap udara.


What cookies is this?

 Haja & Aishah.... after a long waiting, here is the outcome of the recipe that I tried from the magazine you lent me but it did not turn out as expected.... the meringue went flat... the nestum cookies is not bad but could have been better. The meringue did not fluffed up after been beaten for more than 3 minutes - not sure what went wrong - either the meringue powder is no longer functioning or too much water in the recipe or I used a wrong technique..... Anyway, thanks to both of you for sharing the recipe, may be I should try again....

For those who have not tasted it, this cookies is a top seller in Sarawak for the past few years. It is really light and nice but recipe is not easily shared. My friend, Haja found the recipe in a magazine which he asked me to test but unfortunately did not turn-out successfully. I will not share the recipe yet until I get successful with it.

Monday, August 22, 2011

Biskut Chocolate Oats Crips










Assalamualaikum. Atas permintaan seseorang, Mas buat lagi Biskut Chocolate Oats Crips ni untuk kukis raya.....kali ni Mas buat kecik2 comeii jerk....nama pun kukis raya kan...he...he..baru la cantik tersusun dalam balang nanti...dan pastinya biskut peberet Ain ngan Daniel..semenjak Mas buat Biskut Chocolate Oats Crips ni, dah jarang bebudak berdua tu minta chipsmore....lagi pun biskut ni kurang manis dari chipsmore dan yang bagusnya ada oat dalamnya....macam biasa...Mas buat 2 adunan...nak membuatnya pun tak de lama sangat...rasanya dalam 3 jam dah siap untuk 2 adunan biskut ni....sambil tengok tv, sambil gentel2 biskut ni, sambil tu boleh bakar 2 dulang sekali...tak ke cepat tu...hmm...itu pun puas mencatu ngan bebudak berdua tu..asal berbuka....pegang balang biskut ni...sabo jerk...kalau tak....rasanya dah habis 1 adunan...he..he..bukannya pe...mood ngukis ni dah lemau....itu yang tart nenas Kak Anim dan Biskut Choc Chips Kak Nor pun Mas nak buat lepas raya...he..he...





Biskut Chocolate Oats Crips



Sumber : MasDuniaku




Bahan :



  • 130g tepung gandum - diayak

  • 30g tepung jagung - diayak

  • 20g serbuk koko -  diayak

  • ½ sk serbuk penaik - diayak

  • ¼ sk serbuk kulit kayu manis - ayak * Mas dan Izah tak letak

  • ¼ sk garam

  • 90g Quaker Oat Segera

  • 4-5 sudu nestum * Mas dan Izah tambah

  • 200g mentega

  • 120g brown sugar

  • ½ sk esen vanilla

  • badam nips(saya tambah sendiri)* Mas letak 1/2 cawan choc chips




Cara membuatnya :



  1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.

  2. Masukkan garam, Quaker Oats segera, choc chips dan gaul rata.

  3. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.

  4. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.

  5. Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.

  6. Potong atau terap dan letak atas dulang.

  7. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit. Mas bakar selama 20 minit. Biskut ni akan keras selepas keluar oven dan sejuk yerk..jadi jangan risau jika biskut ni kelihatan lembut lagi masa panas iaitu keluar dari oven. Untuk dapatkan biskut yang cantik keraknya...lapik dulang dengan kertas minyak yang telah disapu marjerin.








Green Peas Cookies (Biskut Kacang Peas)

 Finally I had my first cookies.... I've selected this Green Peas Cookies as my first choice after eyeing for it since last year at DG's house but only last June that I found the green peas flour in my hometown - have not found the flour in Miri yet. I ate the cookies years ago bought by my sister in KL & love it so much.

I've decided to try the recipe from KakWan's house because her version has coconut powder added to it which sounds creamier. Instead of making it in ball shape, I used chocolate mould after I saw Rima used the same mould for her peanut cookies. However, I learnt a lesson that it is a mistake in doing so because the cookies turned out very hard instead of melting in the mouth as it supposed to be. It must be due to pressing the mixture hard and it came out like putu texture.... no wonder Rima called her peanut cookies as Peanut Putu. I made two batches right away and regretted.....
By: Roz@HomeKreation
Source: K1@Citarasawan
Translated into English by HomeKreation
Makes about 50 pieces
INGREDIENTS:
120g Green Peas Flour
20g Coconut Cream Powder
180g Plain Flour
100g Icing Sugar
1/4 tsp Salt
120ml Corn Oil
For glaze: 1 Egg yolk + 1 tsp water

METHOD:
1. Mix all ingredients well.
2. Shape it into a size of a marble.
3. Brush top of cookies with egg yolk.
4. Bake 160C for 20 minutes.
5. Cool & keep in airtight container.
************************************


BAHASA MALAYSIA VERSION
Sesiapa yang nak cuba resepi ni, buat bulat2 tau, jangan ikut cara Along. Along tekan adunan ke dlm acuan coklat - nampak cantik tapi tekstur nya tak gebu tapi mampat macam putu & sedikit keras.

By: AlongRoz@HomeKreation
Bilangan: +/- 50biji
BAHAN2:
120g Tepung Kacang Peas
20g Serbuk Santan
180g Tepung Gandum
100g Gula Aising
1/4 st Garam
120ml Minyak Jagung
Utk sapu: 1 biji Kuning Telur + 1 st Air

CARA2:
1. Campurkan kesemua bahan sehingga membentuk adunan.
2. Bulat2kan sebesar guli.
3. Sapu atas biskut dgn kuning telur.
4. Bakar 160C selama 20 minit.
5. Sejukkan & simpan dlm bekas kedap udara.