Assalamualaikum. Dalam mood sabtu ahad, rasa macam malas jerk nak mengupdate blog....rasa nak lepak2 jerk nengok tv ngan anak2...kadang2 kalau dah kluar jejalan, badan dah penat...nak mengadap lappy pun bertangguh2.....walaupun hati teringat jerk nak bw.... menu apa yang best hari ni....ada cerita apa yang panass ...ooppss...dah jadi gossip lak tu..kikikikiki..tak de la..seronok lak bila bersembang kat fb kan..terasa makin dekat persahabatan antara kita...hhmm...dah macam lari tajukk lak kan...meh layan Rendang Pedas Ayam yang sedapp ni...buat untuk berbuka semalam..berselera nengok abang dan daniel makan....Ain tak layan sangat..geng ngan Mas makan masak lemak cili padi...he..he..
rendang pedas ayam ni dah banyak kali Mas entrykan kat sini, tapi Mas sertakan lagi resepinya yerk....Mas memang buat rendang pedas ayam ni kering...kalau nak berkuah pun boleh juga....rendang mertua Mas ni dah jadi rendang peberet family Mas juga tau....memang sedappp.....
Rendang Pedas Ayam
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar dihiris halus
1 helai daun kunyit dihiris halus
1/2 inci halia - dikisar @ tumbuk halus
1/2 inci lengkuas - dikisar @ tumbuk halus
2 batang serai - dikisar @ tumbuk halus
*1/2 inci kunyit hidup - dikisar @ tumbuk halus
1/2 sudu kecil garam kasar - dikisar @ tumbuk halus
3 ulas bawang putih - dikisar @ tumbuk halus
cili kisar - ikut pedas
santan pekat dari 1/2 biji kelapa
gula secukup rasa
3 sudu besar kelapa parut - ditumbuk sedikit
Cara memasak :
Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam kuali.
Masukkan bahan - bahan yang dikisar atau ditumbuk halus . Gaulkan atau sebatikan dengan ayam.
Masukkan bawang besar, daun kunyit yang dihiris halus, santan pekat, cili kisar, kelapa parut dan gula. Gaul sebati.
Buka api sederhana dan masak rendang tadi hingga masak. Sentiasa kacau rendang semasa memasak agar rendang tak hangus. Jika rasa kurang masin boleh tambah garam halus.
No comments:
Post a Comment