Monday, August 8, 2011

Kuih Lopes










Assalamualaikum. Entry tertunggak lagi...meh layan Kuih Lopes yang Mas buat untuk berbuka ahad lepas.....dah banyak kali Mas buat kuih lopes resepi tulip ni...pulut tu elok2 jerk lembutnya pada Mas...kadang2 kalau lopes yang dijual...pulutnya tak lembut dan air gulanya pulak cair, jadi baik buat sendiri.....lebih berbaloi kan.....membuatnya pun pada Mas tak terlalu susah...sambil2 tengok tv pun boleh buat lopes ni......untuk family kecil macam Mas, buat 1/2 adunan pun dah puas makan.....boleh sambung makan masa sahur....jadi meh layan resepinya pulak, mana tahu ada yang nak mencubanya....





Kuih Lopes 


Resepi : Tulipmyresepi


Sumber : MasDuniaku




Bahan :



  • 2 cawan beras pulut

  • 2 cawan santan cair

  • 1/2 cawan air pandan - dikisar

  • 1 st air kapur

  • 1/2 sudu teh garam

  • beberapa titik pewarna hijau

  • kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam

  • *** air gula ***

  • 3 ketul gula melaka

  • 5 sudu besar gula

  • 3 cawan air

  • 1 helai daun pandan - Mas tambah untuk wangikan air gula.









Cara membuatnya :



  1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air selama 3 jam, masukkan juga pewarna hijau dan air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.

  2. Alas bekas 4segi @ bulat dengan plastik @ daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dengan plastik @ daun pisang. Biarkan sejuk, kemudian potonglah ikut bentuk yang anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.

  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.




Nota : 



  • Air gula merah akan bertambah pekat apabila sejuk 

  • Untuk air kapur tu rasanya tetap sama jika tak diletak. Air kapur untuk menampakkan lagi seri beras pulut tu. Kalau tak nak pakai pun tak pe. Selamat mencuba...























No comments:

Post a Comment