Monday, August 1, 2011

Nasi Daging & Air Asam



Assalamualaikum. Menu berbuka semalam, try buat Nasi Daging ngan Air Asam resepi dari Kak Dayang Jack, lepas tu Mas buat kari Ayam untuk digadingkan dengan nasi daging ni, kesian pulak Ain ngan Daniel makan nasi tak berkuah....hmm...memang sedappp...kena sangat daging tu dicicah ngan air asam tu......berpeluh2 juga makan sebab pedasss...itu yang syok kan....rasanya ramai yang dah menerai resepi ni, jadi Mas copy resepi dari Kak Nor jerk sebab dah masuk list masa nampak Kak Nor buat hari tu, rasanya Ika pun dah try resepi ni sabtu lepas....jadi untuk yang belum menerainya, cuba lah resepi Kak Dayang ni....memang best......

Nasi Daging 
Resepi : Kak Dayang Jack
Sumber : Kak Nor
Bahan A :
  • 3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam)
  • 250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)
  • 2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
  • 2 helai daun pandan
  • 80 ml susu cair
  • 1 sudu makan puri tomato
  • 2 helai daun limau purut
  • garam secukupnya
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak sapi
Bahan B :
  • 5 biji bawang merah - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
  • 1 batang serai - diketuk
Cara memasak  :
  1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.
  2. Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
  4. Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)
  5. Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)
  6. Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
  7. Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka. 
Air Asam
Bahan :
  • 2 biji bawang merah - dihiris
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 1 biji tomato - dihiris dadu
  • 8-10 biji cili padi - dihiris
  • 2 biji cili merah - dihiris
  • 1 cawan air asam jawa (-/+)
  • sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
  • sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi

Cara membuatnya :
Satukan semua bahan dan kacau sebati.
Hidangkan bersama nasi daging.



No comments:

Post a Comment