Assalamualaikum.
Selamat Hari Jadi.....Selamat Hari Jadi.....Selamat Hari Jadi Nurul Ain Natasya.....Selamat Hari Jadi.....yeeeyyyyy.....
Hari ni tanggal 3 ogos 2011, genap lah 10 tahun umur Ain, Happy Birthday Sayang.
Moga membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah, menjadi insan berjaya dunia dan akhirat dan diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.
Birthday Ain ni disambut awal sikit atas permintaan Ain. Katanya kurang seronok sambut bulan puasa sebab tak boleh makan kek banyak kali....he..he...layan jerk la kehendak anak dara sorang ni.
Jadi Mas buat Devil's Food Chocolate Cake untuk birthday Ain kali ni. Memang betul macam yang Noorsha cakapkan....DFCC ni memang sangat sedappp la, cuma Mas rasa kalau kek ni lembab lagi...lagiiiii sedappp.....perhhh...memang kena betoi gabungan cheese ngan topping coklat tu....rasa dah tak peduli lemak yang bakal berkumpul nanti...next time Mas nak buat lagi DCFF ni......dan lain kali, nak pastikan kek ni lagi lembab....dah terbayang dah sedapppnya macam mana nanti.....maceh pada Noorsha, Kak Ayu S'pore dan Kak Nor yang mempekenalkan kek yang sedappp ni....cuma Mas nak tanya sikit.....kek ni memang betul2 lembab ke, takut Mas jerk yang buat kek ni tak berapa lembab, mungkin ada tips yang Noorsha, Kak Ayu Spore dan Kak Nor boleh kongsikan dengan Mas untuk dapatkan kek ni betul2 lembab....takut cara membakarnya membuatkan kek ni tak lembab sangat sebab Noorsha kata dia guna suhu 130c dan suhu ikut resepi 170c, Mas bakar 150c.....untuk Noorsha, Kak Ayu Spore dan Kak Nor, sila kasi pendapat yerk tentang kek ni sebab Mas dah jatuh hati ngan DFCC ni dan nak buat lagi nanti....InsyaAllah...
Devil's Food Chocolate Cake
Resepi : cupcakeschek.blogspot.com
Sumber : Noorsha, Kak Ayu S'pore dan Kak Nor
Bahan² :
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
3/4 sk soda bikarbonat
1/4 sk garam
1/2 cawan gula halus - Mas ikut Noorsha guna 1/4 cawan saja
1/2 cawan gula perang - Mas ikut Noorsha guna 1/4 cawan saja
65 gm butter
1 biji telur Saiz A
1 sk esen vanila
1/4 cawan buttermilk *
1/2 cawan air suam
Bahan² untuk homemade buttermilk :
1 cawan susu segar
1 sb cuka masakan
Caranya :
Susu mesti berada pada suhu bilik @ suam.
Campurkan cuka pada susu dan ketepikan sebentar selama kira² 20 minit. Ia akan mengental sedikit.
Guna 1/4 cawan sahaja dari buttermilk yang terhasil untuk resepi ini.
Cara membuatnya :
Panaskan oven pada suhu 170 C - Noorsha guna suhu 130C.. bergantung pada oven masing2 ya...
Griskan loyang dengan margerin @ butter dan tabur sedikit tepung. ketepikan.
Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, garam dan ketepikan sebentar.
Dengan menggunakan mixer, pukul butter dengan gula hingga berkrim, masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
Masukan adunan tepung yang diayak tadi, buttermilk dan air suam, berselang seli sebanyak 3 kali turutan. kacau rata.
Masukkan vanila esen dan kacau sebati.
Bakar selama 30 minit @ sehingga betul2 masak... gunakan lidi satay dan cucuk permukaan kek pada 30 minit pertama untuk menguji kek sudah masak @ belum.
Jika kek sudah masak, keluarkan kek dan sejukkan sebentar.
Bahan² Untuk Cream Cheese Frosting :
250 gm philapedia cream cheese
125 gm butter
1 cawan icing sugar - Mas ikut Noorsha guna 1/4 cawan saja
1 tsp esen vanila
1 st lemon jus
Cara² untuk Cream Cheese Frosting :
Pukul kesemua bahan hingga berkrim.
Sapu pada kek yang telah sejuk tadi.
Kemudian rehatkan kek yang telah dosapu frosting ini ke dalam peti ais sebentar.
p/s : kak Ayu suggest untuk buat 1/2 saja dari resepi frosting ni bagi suukatan kek diatas.. tapi Noorsha buat 1adunan untuk cream cheese ni sebab nak rasa cheese yang lebih :)
Bahan² Untuk Chocolate Ganache :
200 ml double cream @ whipping cream
250 gm dark chocolate
secubit garam
Cara² untuk Chocolate Ganache :
Menggunakan kaedah double boiler (satu periuk berisi air, satu lagi periuk lebih kecil di letak diatasnya. biar periuk yang kecil itu terapung), masukkan double cream @ whipping cream.
Biarkan ia merenih, masukkan coklat yang dicincang dan kacau hingga coklat cair. masukkan sedikit garam.
Kacau rata.
Biarkan suam sedikit, keluarkan kek yang disapu dengan cream cheese frosting dari peti ais tadi.
Sapu @ curah coklat ganache di permukaan kek. hias kek mengikut kretiviti anda....sedia dihidang :)
No comments:
Post a Comment