Monday, January 30, 2012

Ayam Ala Bali



Assalamualaikum.
Menu berasaskan ayam yang menggunakan dada ayam ajerk...kali ni ala2 Bali gitu...kenapa namanya Ayam Ala Bali, kena tanya tuan resepinya yerk, Kak Diana, mungkin masa masak ayam ni...Kak Diana ada kat Bali kot....he3..jadi Mas pun tak lepaskan peluang mencubanya dan rasa Ayam Ala Bali ni, memang sedap. Sesuai untuk anak2 sebab tak pedas. Makan ngan roti jerk pun sedapp tau...dan Mas perasan resepi ayam ni masa nampak Izahdaut tayang hari tu...Zaliedana dan Kak Nor pun dah menerainya....izinkan Mas kongsikan kat sini pulak yerk kak Diana...

Ayam Ala Bali
Resepi : Kak Diana
Sumber : Zaliedana dan Kak Nor

Bahan² :
950 gm ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 inci halia _ dihiris
1/2 inci lengkuas _ dihiris
2 batang serai _ dihiris menyerong
2 - 3 helai daun limau purut _ dimayang / dicarik²
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan² Kisar ( Kisar menggunakan food processor )
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing² )

Bahan² A :
2 tbsp ABC soy sauce
2 tbsp sos tomato Maggi
2 tbsp sos cili Maggi
1 tsp perencah pati ayam Tumix
Gula merah secukup rasa _ boleh juga menggunakan gula melaka
Garam jika perlu


Cara memasak :
Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
Panaskan minyak yang banyak.. Goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu kering.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.
Di dalam kuali yang lain.. panaskan sedikit minyak ( boleh juga menggunakan kuali dan minyak gorengan ayam tu tadi.. tinggalkan sedikit minyak tu untuk menumis ) dan tumis bahan² kisar hingga terbit aromanya.
Kemudian masukkan halia dan lengkuas.. Tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan serai serta daun limau purut dan tumis lagi seketika hingga wangi.
Tambahkan bahan² A dan gaul rata.
Setelah mendidih dan sedikit pekat.. bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
Masak seketika dan sesuaikan rasa.
Tutupkan api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.





Sunday, January 29, 2012

Laksam



Assalamualaikum.
Selalunya kalau teringin nak makan Laksam, Mas selalu beli jerk..tapi kali ni Mas try buat sendiri pulak...rupanya tidak lah susah sangat membuatnya...
Dan resepi Laksam pilihan Mas adalah dari Kak Yani@myResepi, tengok respon pun, ramai juga yang dah menerainya.....hmm...memang lazat Laksam ni...menepati citarasa Mas...kiranya puas juga Mas makan sebab kat rumah ni...Mas sorang jerk yang layan Laksam ni...maceh yerk Kak Yani atas resepi Laksam yang sedappp ni...
Lain kali Mas boleh buat lagi...untuk kali ni, Mas tak buat pun sambal tu sebab dah tabur hirisan cili padi..lain kali Mas buat sambal tu..he3...dan oleh kerana tak sabo2 membuat laksam sendiri, tak sempat nak beli sayur2 sampingan tu...letak hirisan daun kesum jerk....kira halal la kan....janji laksam tu sedappp...kalau letak timun ngan tauge...perh..rasanya mesti lebih ummpphhh....he3

Laksam

Bahan Laksam :
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam

Bahan Kuah :
Ikan - direbus,dibuang tulang, mcm nk buat laksa tuh
Sedikit halia
Sedikit bawang putih
Sedikit bawang merah @ bawang besar
Sedikit lada hitam @ serbuk lada hitam pon ok
sedikit lada putih ditumbuk @ serbuk lada putih - Mas tambah
Santan
Asam keping
 Garam secukup rasa
Sedikit gula merah @ gula - Mas letak gula

Bahan Ulaman :
timun
kacang panjang
taugeh
daun kesum - dipotong halus

Bahan cili :
cili merah
belacan
garam
limau


Cara membuatnya :
Laksam :
 Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak, untuk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung - supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis

Untuk kuah:
Kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam dan lada putih. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.

Untuk cili:
Cili merah tumbuk @ kisar dengan belacan, tambah garam sikit dan perahkan limau.



Ayam Mentega Rangup



Assalamualaikum.
Entry bertangguh lagi...he3....Ayam Mentega Rangup ni Mas buat masa Izahdaut tayang Rabu lepas...kebetulan memang bercadang nak masak dada ayam, jadi terus try resepi Ayam Mentega Rangup ni. Sedapppp dimakan begitu jerk tau..he3...Ayam Mentega Rangup ni Mas buat lauk sampingan sebab Ain ngan Daniel tu suka klu ayam dimasak ala2 goreng gini sambil dimakan ngan lauk2 lain....last2 dia ratah gitu jerk sebab katanya sedap...maceh pada tuan resepi yang cantik manis tu Kak DianaKak Nor pun dah try kan dan baru2 ni nampak Kak Ct Delima pun dah mencubanya. Untuk yang tak tahu nak masak apa dengan dada ayam tu...cuba try Ayam Mentega Rangup ni....memang best...

Ayam Mentega Rangup
Resepi : Kak Diana
Sumber : Kak Ct DelimaKak Nor dan Izahdaut

Bahan :
2 keping dada ayam _ d hiris
2 tangkai daun kari _ d hiris
4 biji cili padi _ d cincang
60 gm mentega ( Boleh d tambah jika hendak kuahnya bersalut banyak kat ayam tu yer )
1/2 biji bawang besar _ d cincang
Tepung jagung secukup kegunaan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula

Bhn² Perap :
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
2 tsp gula
1 biji telur
1 tbsp tepung jagung
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
Garam secukup rasa


Cara memasak :
Ayam di gaul bersama bhn² perap dan perap selama 20 minit.
Saluti ayam tadi dengan tepung jagung.. Goreng.. Setelah ayam masak angkat dan ketepikan.
Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi.. Tumis sehingga naik baunya.
Kemudian masukkan ayam dan gula.. Gaul sebati.
Angkat dan hidang.




Jeruk Buah Pala & Salak

 Hari ni tak main masak2..... Meh join Along makan jeruk.... macam2 jeruk ada ni..... spesel kiriman dari Semenanjung.... cap, cap, cap... bunyi makan  (arwah Abah Along kata makan bunyi macam landak....hehehe)..... sedap weeeih..... suka nya hati dapat kiriman dari sahabat blogger, maceh tak terkata! Dah lah susah-payah tolong Along carikan Bunga Telang, lepas tu siap kasi buah tangan pula. Dah berapa tahun tak menjamah jeruk2 ni, sebab kat sini takda. Caaaayanaaag..... mmmmuah2, maceh sekali lagi!

Parcel dari Semenanjung
Berus silicon pun ada, Along belum ada lagi ni...
Jeruk Buah pala... tinggal 4 ketoi jer... kalau lambat tak sempat ler nak bergambo!
Jeruk Buah Salak
Buah Pala kering
 .

Friday, January 27, 2012

Mee Sanggul Goreng Kari



Assalamualaikum.
Ni la sarapan yang digadingkan dengan Cucur Susu Lemak Manis tadi....Mee Sanggul Goreng Kari resepi dari Kak Nor - Secubit Garam. Nampak Izahdaut buat Rabu lepas..terus teringat ada stok mee sanggul yang Mas beli masa balik Kedah hari tu....sebenarnya susah juga nak jumpa mee sanggul kat area sini..jadi bila balik Kedah dan jumpa mee sanggul, terus borong sikit...buat stok la katakan..he3...
Jadi baru pagi ni Mas masak mee sanggul ni untuk sarapan pagi...sepeket tu cukup la untuk Mas dan anak2....memang best mee sanggul resepi Kak Nor ni...rasanya ala2 mee goreng mamak gitu.....i like....

Mee Sanggul Goreng Kari
Sumber :  Izahdaut

Bahan :
3 keping mee sanggul melayu
udang atau boleh guna isi ayam
1 labu bawang besar - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang
2 tangkai daun kari
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah kari
5 bj cili padi - dihiris (lebihkan jika suka pedas)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
kobis @ sawi
1 bj tomato
1 bj telur
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
minyak
daun saderi - dihiris
limau kasturi @ limau nipis


Cara Memasak :
Rendamkan sekejap mee sanggul dan toskan.
Panaskan 1 sudu minyak dlm kuali dan pecahkan telur dlmnya.
Kacau goreng hingga menjadi scramble egg. Angkat dan ketepikan.
Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
Masukkan bawang putih dan daun kari, goreng lg hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan rempah kari dan cili padi.
Lepas tu bolehlah dimasukkan sos tiram, kicap manis, garam, gula dan sedikit air.
Masak hingga pecah minyak dan masukkan udang, kobis dan tomato.
Bila udang hampir masak masukkan pula mee yg dah ditoskan serta scramble egg.
Kacau dan goreng hingga mee masak.
Angkat dan hidangkan. Tabur hirisan daun saderi dan perahkan limau sebelum dimakan.

Selamat mencuba..



Cucur Susu Lemak Manis



Assalamualaikum.
Menerai lagi resepi dari Kak Fida@myResepi. Kali ni Mas tertarik untuk mencuba Cucur Susu Lemak Manis resepi Kak Fida ni. Hmm..memang sedappp...Ain ngan Daniel pun  suka....cucur ni memang tak berminyak dan padat sikit tapi lembut gebu.....rasanya pulak, klu letakkan 6 sudu susu pekat manis tu...memang elok2 jerk manisnya...jadi kalau suka manis...boleh letak susu pekat manis tu lebih yerk..untuk 1 adunan resepi Cucur Susu Lemak Manis ni pulak, tak banyak cucur yang dapat, jadi untuk family kecik macam Mas ni, memang elok2 jerk....dicadangkan supaya digandakan adunan untuk family yang besar yerk.....rasanya Mas dapat buat Cucur Susu Lemak Manis ni dalam 20 biji jerk.....dan untuk mendapatkan cucur yang bulat2, jangan goreng banyak sangat cucur tu supaya cucur dapat kembang bulat dengan cantik dan tak melekat2....jadi...mehhhh layan Cucur Susu L
emak Manis ni pulak...Sarapan Mas dan anak2 pada pagi ni.....

Cucur Susu Lemak Manis

Bahan :
1 1/4 cawan tepung gandum - diayak
1/2 sk baking powder - diayak
1/2 sk bicarbonate soda - diayak
6 sudu besar susu pekat manis - lebihkan jika suka manis
1/2 cawan susu segar @ cair
garam secukup rasa

Cara membuatnya :
Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.Masukkan susu manis dan tuang susu segar @ cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati. Mas lebihkan sikit susu segar tu sebab adunan nampak pekat.
Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan, untuk mendapatkan cucur yang bulat2, jangan goreng banyak sangat cucur tu supaya cucur dapat kembang bulat dengan cantik dan tak melekat2.... :)
Angkat cucur dan hidangkan.


Fried Tempe in Chili Sauce

 Lately only cooked something simple.... time is so limited and life is rushing - appetite has been running low too. Working woman like me have to look for simple ideas all the time. Wait till time is luxury that the family can enjoy something more special...hehe. I served this along other simple dishes and no one is complaining...
By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1 packet of Tempe (fermented soy bean cake) - cut & slice on the surface only 
1 Big Onion*
2 cloves Garlic*
1 Red Chili* (* sliced) 
1 tbs Chili Paste
4 tbsp Chili Sauce
Salt


METHOD:
1. Deep fry Tempe until crispy. Dish out.
2. Heat up few tbsp oil & stir-fry big onion until brown. Dish out.
3. Using the leftover oil, stir-fry sliced chili & garlic until crispy.
Add in chili paste & stir-fry for few more minutes.
Add in chili sauce & salt and mix well.
Add in  fried tempe & fried onion. Mix well.
4. Serve with white rice along other dishes.
**************************************************


BAHASA MALAYSIA VERSION
Lauk sempoi jer ni... sebagai lauk sampingan selain lauk-pauk yg lain. Kot2 lah ada yg nak try juga.

BAHAN2:
1 peket Tempe - potong & kelar2 jgn putus
1 bj Bwg Besar*
bj Bwg Putih*
1 bj Cili Merah* (* hiris) 
1 sb Cili Mesin
4 sb Cili Sos
Garam

CARA2:
1. Goreng tempe sehingga garing. Ketepikan.
2. Panasakan beberapa sb minyak & goreng bwg besar sehingga garing. Ketepikan.
3. Goreng cili & bwg putih dgn minyak bwg tadi sehingga garing.
Masukkan cili mesin & kacau sehingga garing.
Masukkan cili sos, garam & kacau sebati.
Masukkan tempe & bwg goreng. Kacau rata.
4. Hidangkan dgn nasi & lauk2 lain.

Nasi Lemak Tumis



Assalamualaikum.
Nasi Lemak yang tengah hot dipasaran....tengok ramai juga yang dah menerainya...Kak Anim pun baru jerk postkan Nasi Lemak Tumis yang glemer ni...
Sebenarnya Mas buat Nasi Lemak Tumis ni Rabu lepas...jadi entry bertangguh la ni..bila tengok Nasi Lemak Tumis kat dapur Kak Anim tadi, terus teringat nak kongsikan juga kat sini....meh kita meramai2kan lagi musim Nasi Lemak Tumis ni..he3
Memang ada kelainan sikit pada Nasi Lemak Tumis ni, sedappp dan wangi...untuk yang belum menerainya...cuba2 lah nasi lemak versi tumis ni yerk..memang best dan berbaloi untuk dicuba.....

Nasi Lemak Tumis

Bahan : ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi

Cara memasak :
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis @ udang @ sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.



Thursday, January 26, 2012

Light Cheese Cake



Assalamualaikum.
Alhamdulillah, hari ni dapat juga mengupdate blog...hmm...sebenarnya tidak la sibuk sangat...cuma kadang2 keadaan tidak mengizinkan....cewahhh...macam2 kan...meh layan dulu kek yang sangat sedappp ni....Mas pernah buat dulu sekali masa kek ni tengah panasss dipasaran..tapi kejadiaan kek ni masa tu amat mengecewakan...entah mana silap Mas...terus terbantut jap nak menerainya...tapi kan...disebabkan rasa kek tu yang memang serius sedapppp....jadi Mas pun menerainya lagi minggu lepas....haaaa....kek ni dah abisss tau....minggu lepas punya...he3...Alhamdulillah....Light Cheese Cake ni menjadi dengan jayanya....memang puas la makan untuk 1 adunan tu....kek yang lembab2 basah dan gebu ni, ditambah pulak dengan rasa cheese, hmmmmm....memang sangat marbeless....maceh Hasue atas resepi kek cheese yang sangat sedappp ni....memang terbaikkk....Izahdaut pun dah menerai Light Cheese Cake ni tapi sukatan resepinya lain sikit...jadi terpulang yerk nak guna sukatan resepi yang mana...tetap sama...sebab kalau tak silap Mas, ada 3 pilihan sukatan untuk resepi Light Cheese Cake ni....jadi..terpulang lah yerk nak guna yang mana...lagi pun memang ramaiii yang dah menerai Light Cheese Cake ni...betoiii kan...

Light Cheese Cake
Resepi : Hasue 
Sumber : Izahdaut

Bahan :
• 125g cream cheese 
• 200 ml susu segar 
• 70 g mentega atau marjerin
• 70 g tepung gandum 
• 70 gram gula halus 
• 2 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila @ jus lemon


Cara membuatnya :
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega @ marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata (boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
7. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

*Kek ni tak banyak songeh sangat. Menjadi ajee walaupun sukatan mungkin ada lari sikit. Yang penting putih telur diputar menggebu dan putih. InsyaAllah kek menjadi. Timing pembakaran pun elok sangat kejadiannya. Tak perlu tambah masa dan kuragkan masa. Oven kita sama la kot mek!! I likeeee
Untuk melihat step by step cara membuat Light Cheese Cake ni , boleh lihat DISINI.


Fried Tilapia with Turmeric Sauce

 Nice creamy & hot turmeric sauce to go with Tilapia....

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
1 Tilapia
1/2 tsp Turmeric Powder
Chili Padi*
1 Green Chili*
3 Shallots*
1 clove Garlic*
1cm Ginger*
1" Turmeric Root* (* pounded) 
1 Lemongrass - bruised 
1/2 packet Coconut Cream
Salt

METHOD:
1. Rub Tilapia with salt & turmeric powder & deep fry until cooked both sides.
Dish out.
(Tip: to get rid of muddy smell, rub fish with lime juice & rinse) 

2. Place the remaining ingredients in wok & cook until thicken.
Spread on fried fish & serve with white rice.
**************************************************** 

BAHASA MALAYSIA VERSION
 Ni entri terlewat... tak ingat pula bila.... minggu lepas kot. Alang-alang goreng Tilapia tu Along pun buat sos lemak cili padi.... bebudak cakap sedap, ok lah tu...hehehe.

Ikan Tilapia dgn Sambal Lemak Cili Padi
By: AlongRoz@HomeKreation 
BAHAN2:
1 ekor Tilapia
1/2 st Serbuk Kunyit
Cili Padi*
1 bj Cili Hijau*
3 ulas Bwg Merah*
1 ulas Bwg Putih*
1cm Halia*
1" Kunyit Hidup* (* tumbuk) 
1 bth Serai - ketuk
1/2 peket Santan Pekat
Garam

CARA2:
1. Lumur ikan dgn garam & serbuk kunyit.
Goreng sehingga masak di kedua belah & angkat.
(Tip: utk hilangkan rasa selut pd ikan Tilapia, lumur dgn limau & bilas) 

2. Letak kesemua bhn2 lain ke dlm kuali & masak sehingga pekat.
Sapukan ke atas ikan & hidangkan dgn nasi.


Wednesday, January 25, 2012

Persona Cheesecake for CNY

 This is my third CNY project - another gift for a friend who is going to have CNY open house tomorrow. I finished works & rushed home very early today to prepare this dessert before attending Chinese wedding tonight. Glad that I managed to complete it and attended the wedding on time.

I prepared the cheesecake in an 8" square disposable container which is suitable for gift. For recipe, refer here.
****************************************************************

BAHASA MALAYSIA VERSION
Buat ciskek ni utk hadiahkan kpd kawan Along semperna CNY & utk rumah terbuka nya esuk. Along guna bekas plastik 8" persegi pakai-buang & sedang elok jer - memang mudah guna bekas ni sebagai hadiah. Untuk resipi, sila rujuk di sini.

Tuesday, January 24, 2012

Pineapple Tarts (Biskut Tat Nenas Gebu)

 
 Another CNY project.... made this to give some to my best friend who will be visiting Miri. She told me quite long time ago that she missed my pineapple tarts and it has been several years since the last time she had it. Since there was a long weekend and the mood was right, here it is.... two days of preparation - one day to make the pineapple jam (yesterday) & another day (today) to make the cookies.... and yet the cookies are all gone in one blink! Luckily I reserved some for my friend earlier on and the rest were just gone within the same day...! My two boys love it so much!

Making your own pineapple jam for the filling will make so much different and that is the secret to lovely pineapple rolls - the jam should not be hard after baked but soft and melt in mouth together with the soft cookies. It is hard to get nice & right texture from ready made jam. However, it requires a lot of patience - it took me 4 hours to cook the jam above slow heat. Cooking it too quick will result in tough texture as the sugar will caramelised.
 Due to curiosity, I tried KakAnim's recipe this time instead of my old favourite recipe for pineapple tarts and I'm very pleased with the result. Thanks so much KakAnim for sharing. The jam recipe is my own recipe which is moderately sweet to suit my taste.

By: Roz@HomeKreation
Source: KakAnim
Translated into English by HomeKreation
Makes >100 pcs
PASTRY:
115g Butter
115g Ghee
1 Egg
450g Flour (HomeKreation: I only used 330g)
½ tsp Salt
Ice Water (HomeKreation: I skipped) 
1 Egg - for glazing

METHOD:
1. Whisk egg lightly.
Add in butter & ghee & hand-whisk until well mixed.
Mix in flour & salt, gradually until non-sticky dough is formed.

2. Roll flat & use tart roller (see pix below) to make pattern.
Slice to size & roll a small pinch of pineapple jam.
Finish up the whole dough.
Glaze with beaten egg & sprinkle with poppy seeds (optional).

3. Bake 180C for 15-20 minutes.
Cool on rack & keep in air tight container.

PINEAPPLE JAM

Recipe By: Roz@HomeKreation

1 large Ripe Pineapple - grate & measure into 5 cups
2 cups Sugar
1 Pandan Leaf 

- Cook above small fire until thicken. This may take about 3-4 hours.
- Be careful not to cook it until too dry or else jam will be harden after cookies are baked. Use non-stick wok to avoid burning the jam.
*************************************************************************************


BAHASA MALAYSIA VERSION
Tat Nenas memang popular terutama pada musim CNY. Along buat ni utk kasi kat kawan baik yg pulang ke Miri utk menyambut CNY. Dah lama tak buat tat nenas utk dia, itu lah buat kali ni cuba resepi KakAnim... memang best resepi KakAnim ni, lemak harum & cair dalam mulut! TQ KakAnim cayang! Untuk inti jem, Along guna resepi Along sendiri.

Source: KakAnim
Resepi di taip semula utk mudah rujuk
Bilangan >100 ketul
PASTRY:
115g Butter
115g Minyak Sapi
1 bj Telur
450g Tepung Gandum (HomeKreation: Along cuma guna 330g)
½ st Garam
Air Sejuk (HomeKreation: tak bubuh) 
bj Telur - utk sapuan

CARA2:
1. Pukul telur dgn whisk tangan.
Masukkan butter & minyak sapi dan pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan tepung & garam, sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.

2. Canaikan doh & guna roller seperti gambar di bawah utk buat pattern.
Potong doh mengikut saiz di kehendakki & gulung dgn jem nenas.
Buat sehingga habis.
Sapu telur di atas nya & tabur poppy seed (jika ada).

3. Bakar 180C selama 15-20 minit.
Sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

JEM NENAS
1 biji Nenas ranum yg bersaiz Besar - sagat & sukat 5 cawan
2 cwn Gula
1 helai Daun Pandan

- Masak di atas api yg kecil sehingga pekat. Along masak ni antara 3-4 jam baru siap.
- Hati2 supaya jgn terlalu kering, takut nanti jem akan keras selepas di bakar dgn biskut. Guna kuali yg tidak melekat utk memudahkan kerja.


Doh yg telah di canai dgn pencanai tat
Tart Roller (Pencanai tat)

Before bake