Assalamualaikum.
Hmmmmm...menu 2 hari lepas....jadi dah abiss yerk....tetiba jerk jadi terliur bila dengar Izahdaut cerita tentang Mee Rebus Kak Yatie yang katanya sangat sedappp walaupun tak de entry tentang mee rebus tu....bila Mas tengok resepinya...memang Mas tak try lagi...jadi...meronta2 la hati ni nak merasanya...lagi pun mee rebus ni ada diletakkan sedikit santan...hmmm...memang sangat sedapppp...rasanya dalam sehari ulang makan 3 kali pun tak pe....ada sedikit kelainan dari mee rebus yang Mas biasa buat....hanya yang dah makan boleh tahu rasanya macam mana...betoiiii kan Kak Yatie dan Izah....
jadi meh layan resepinya...mana tahu ada yang nak menerainya masa cuti2 ni...sila2 lah yerk..selamat mencuba ....
Mee Rebus Kak Yatie
Resepi : Kak Yatie - Sinar Kehidupanku
Bahan :
1 kg mee kuning (di celur dan di toskan)
2 cwn taugeh ( buang ekor, celur dan toskan)
4 biji telur ( direbus dan di belah 2)
4 kpg tauhu ( di goreng dan di hiris nipis)
Cili merah dan Cili hijau (hiris)
bawang goreng
limau kasturi (di belah 2)
daun sup dan daun bawang (di hiris)
Untuk Kuah :
500 gm daging (di hiris nipis dan di rebus hingga empuk, kalau guna daging btng pinang takyah rebus dululah...terus masak je..)
4 biji keledek ( di rebus dan di lenyek halus/blend)
15 tangkai cili kering *
10 biji bawang merah *
5 ulas bawang putih*
2 batang serai*
3 sudu besar udang kering *-cuci, rendam dan toskan
2 sudu besar serbuk kari daging *( * bahan2 yg perlu di kisar halus)
1 cwn air atau secukupnya untuk blend bhn2.
2 cwn santan pekat
2 kpng asam keping
2 btng serai- di ketuk
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis.
4 cawan air atau secukupnya- ikut kepekatan yg di sukai ya
Penyediaan Awal :
Hiris daging nipis2 dan rebus hingga lembut.
Kupas keledek, potong kecil dan rebus hingga lembut, lenyek keledek hingga halus. Ketepikan.(Yatie blend je dan tambah air ya semasa blend keledek)
Sementara itu rebus telur....dah siap, kupas kulit telur dan biarkan ketepi.
Untuk Kuah :
Kisar bahan yang bertanda *
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan serai yg di ketuk. Masukkan daging rebus bersama air rebusan daging dlm 2 cawan.
Bila mendidih, masukkan keledek lenyek tadi, kacau hingga rata.
Tambah sedikit air jika perlu.
Perasakan dengan garam dan gula (selalunya kuah mee rebus mmg ada rasa sedikit manis) dan biar mendidih.
Masukkan santan dan asam keping, masak hingga pekat.
Rasa dan jika ok, boleh dimatikan api.
Penyediaan Mee Rebus :
Masukkan sedikit mee dalam mangkuk, susun tauhu dan telur rebus, cedokkan kuah bersama2 isinya dan tuang atas mee, hias dengan taugeh, taburan daun bawang/daun sup, bawang goreng, hirisan cili hijau dan belahan limau kasturi.
Siap dan bolehlah di makan..yummyyyyy...
No comments:
Post a Comment