I'm very tired & busy right now so will only post the recipe in BM version. Shout if anyone needs it in English.
**********************************************
Resepi ni dah lebih setahun Along simpan & teringin sangat nak cuba.... Alhamdulillah, tercapai juga hajat utk mencuba & di hidangkan sewaktu acara makan2 dgn Women Network baru2 ni. Rasa nya amat sedap dgn rasa buah2an koktel & mixed fruits mengimbangi puding yg lemak berkrim. Nasihat dari Along, guna pisau yg tajam kalau tidak berderai nanti buah2an nya.
Along jumpa resepi ni pd tahun 2010 di Izanmann fotopages & terus simpan resepi ni. Kendian Along ada juga nampak Ummi Kuantan & KakWan pun ada mencuba. Terima-kasih semua nya & juga tuan resepi asal.
Source: Izanmann Fotopages <-- CikguMi@Mesra.Net <-- Tukang Masak Istana
Resepi di ubah-suai sedikit & di taip semula utk mudah rujuk
BAHAN2:
1 tahil (37.8gm) Agar-agar strip (Along guna 40g)
4 cwn Air* (termasuk air koktel)
1 tin Susu Cair*
6 biji Telur gred A* - pukul sedikit
6 biji Telur gred A* - pukul sedikit
2 cwn Susu Pekat*
1 sudu teh vanilla* (* satukan)
½ tin buah cocktail (buah shj)**
Ceri merah dan hijau**
1/2 bungkus dried Mixed fruits**
CARA2:
1. Agar-agar dibasuh dan rendam selama 1 jam, toskan.
2. Masukkan agar2 strip (jangan dipotong), sehingga memenuhi ruang loyang.
Taburkan buah2an campuran**.
Tuangkan sedikit campuran bahan2* sehingga memenutupi agar2 dan buah tadi.
Ulangi selapis lagi: agar2 -- buah2an -- cecair.
Tuangkan sedikit campuran bahan2* sehingga memenutupi agar2 dan buah tadi.
Ulangi selapis lagi: agar2 -- buah2an -- cecair.
Lapisan atas sekali buah campuran.
3. Kukus selama 2 jam.
Agar agar akan kelihatan dalam keadaan masih cair.
Sejukkan agar agar dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
No comments:
Post a Comment