Assalamualaikum.
Akhirnya...semalam ngekek juga setelah lama tak buat kek....
Kek Gula Hangus ni memang Mas dah lama usha masa Kak Anim buat dulu....lepas tu yang Mas perasan Izahdaut pulak yang buat dan diikuti pulak dengan Anna. Hmmm..memang dah tak tahan godaan....jadi semalam Mas pun godek2 buat Kek Gula Hangus ni setelah bertemuramah dengan Izah dan Kak Anim pasal pembikinan Kek Gula Hangus ni...he3...maceh yerk ....akhirnya Kek Gula Hangus ni menjadi dengan jayanya.....nak membuatnya pun senang sangat....godek2 bahan2 tu...dah siap untuk dibakar....untuk resepi Kek Gula Hangus kali ni, Mas buat 1/2 adunan jerk memandangkan permintaan untuk kek gini agak kureng.....hmm..hasilnya berbaloi2 juga...Kek Gula Hangus ni sangat lembut dan rasanya pada Mas sedang2 elok jerk manisnya....maceh juga pada tuan resepi Kak Anna iaitu kawan Kak Anim atas resepi Kek Gula Hangus yang mudah dan sedapppp ni..
Kek Gula Hangus
Resepi : Kak Anna - kawan Kak Anim
* Mas pun mcm Izah gunakan sukatan cawan mcm kak Anim
Bahan :
1 gelas gula
1 gelas air
*1 gelas gula di jadikan gula hangus dan masukkan
1 gelas air. Hati2 dengan gula yang panas waktu masukkan air.
3/4 tin susu pekat-boleh kurangkan ke 1/2 tin
1 gelas tepung
5 biji telur
4 sudu makan margerin * Mas pun mcm Izah guna butter
Cara membuatnya :
Alas acuan dengan kertas.
Lenser acuan dengan margerin - ketepikan.
Pukul margerin dengan telur hingga sebati. Pukul manja2 jerk, tak payah sampai kembang.
Masukkan susu pekat manis dan masukkan juga gula hangus tadi.
Akhir sekali masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat
Kacau sebati.
Tuang dalam loyang yang dilenserkan marjerin tadi.
Bakar pada suhu 170 selama lebih kurang 1 jam
No comments:
Post a Comment