Hari ni buat Apam Pisang Tanpa Telur Dan Minyak lak. Boleh percaya ke...Mas pun macam was2 gak masa baca resepi ni, bila tengok respon, ada yang membuatnya dan memuji apam pisang ni lembut...Mas pun try juga buat. Lagi pun bahan2nya amat ringkas. Dalam 5 jenis bahan jerk....dah jadi apam pisang yang sedapp ni. Tapi Mas derhaka sikit dengan menambah 1 sudu kecil esen pisang dan Mas juga tambah 3 sudu besar air sebab tengok adunan ni pekat macam adunan cokodok...try kukus 3 biji....apam ni tak begitu lembut...jadi Mas tambah 3 sudu besar air dan setelah sebati dikacau, Mas kukus lagi......Alhamdudillah.....kali ni apam pisang ni memang lembutttt....sedappnya makan suam2...satu adunan boleh dapat 20 biji acuan lompang...lepas la untuk Ain ngan Daniel bawa bekal...maceh Kak Fida kerana sudi kongsi resepi apam pisang yang sangat ringkas ni kat Myresepi. Memang best apam pisang ni.
Apam Pisang Tanpa Telur Dan Minyak
Resepi asal : Kak Fida@myresepi.com
Bahan :
- 1 cawan pisang lecek
- 1 cawan gula perang / gula halus (akak guna 150g campuran gula) - Mas kurangkan 1 sudu besar dari 1 cawan gula halus tu
- 2 cawan tepung naik sendiri - diayak
- 1 1/2 sudu kecil bicarbonate soda - diayak
- 4 sudu besar susu segar - Mas tambah lagi 3 sudu besar air sebab adunan nampak agak pekat
- 1 sudu kecil esen pisang - Mas tambah ( kalau letak esen vanila pun boleh )
Cara membuatnya :
- Tepung naik sendiri dan bicarbonate soda diayak bersama.
- Pisang lecek, gula halus @ gula perang, esen pisang @ esen vanila dan susu dikacau rata @ sebati.
- Masukkan bahan2 ayak tadi dan kacau hingga sebati.
- Tuang adunan dalam acuan kecil atau loyang yang digris dan dipanaskan dahulu dan kukus hingga masak. Mas menngunakan acuan lompang dan kukus selama 15 minit. Kalau guna loyang, kukus selama 1/2 jam.
- Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dikukus jika suka.
Nota :
Pada Mas adunan apam ni agak pekat, bila Mas try kukus sikit, apam ni tak berapa lembut, jadi bila Mas tambah 3 sudu besar air secara sedikit sedikit dan adunan apam ni jadi cair sikit, baru apam pisang yang Mas kukus ni lembut, agaknya adunan ni bergantung pada pisang juga...kalau pisang masak ranum mungkin tak payah tambah sampai 3 sudu besar air, jadi ikut resepi dulu, kalau adunan apam agak pekat, baru tambah air sedikit2.
No comments:
Post a Comment