Wednesday, April 20, 2011

Roti Inti Kelapa Harum Pandan ???




Roti....roti.....sapa nak roti angkat tangan....he..he....jangan jemu tengok Mas meroti lagi...sajer try buat resepi baru dari Ros Jintanmanis ni, Roti Inti Kelapa Harum Pandan, cuma roti ni tak de inti kelapa macam Ros, Mas letak inti kacang merah sebab Ros cakap boleh letak inti lain atau biarkan kosong jerk. Atas roti tu Mas tabur bijan jerk sebab kaya dah abiss dan stok kelapa kering pun tak de...apa pun resepi roti dari Ros ni memang sangat best. Lembut dan gebu jerk....roti ni untuk bekal Ain ngan Daniel. Sape2 yang teringin, boleh mencuba Roti Inti Kelapa Harum Pandan Ros ni...sangat best......maceh pada Ros yang selalu kongsi resepi2 roti yang sangat best...banyak juga petua2 untuk mendapatkan roti yang cantik dan gebu lembut didapurnya. Jadi rajin2 lah selongkar dapur Ros tu. Baru2 ni pun Ros ada memberi E- book resepijintanmanis secara percuma, Mas tak pasti sekarang ni masih boleh download lagi ke tak E- book tu. Boleh tanya pada Ros yerk.

Roti Inti Kelapa Harum Pandan
Resepi asal : Ros Jintanmanis
Bahan ( untuk doh roti) :
  • 300gram tepung roti
  • sedikit esen kelapa pandan ( esen ni warna hijau, ade jual kat kedai bakery)
  • 2 sudu besar susu tepung@skim milk
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 biji telur 
  • 1 1/2 sudu besar butter@marjerin
  • 120ml susu suam@air suam
  • 2 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar water roux
Untuk inti nya :
  • sedikit kelapa parut ditambah dengan gula merah dan simpulan daun pandan.
  • masak hingga kelapa kering dan sebati ngan gula merah dan kering.
Nota :
  • kalau nak guna air pandan pun boleh, tapi sukat 120ml ya, dan tidak perlu lagi dimasukkan susu suam atau air suam tu. lagi harum bau bun pandan ni nanti.
Untuk gliss dan topping :
  • baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu dan kelapa kering serta jaluran srikayapandan
  • untuk topping Mas tabur bijan jer..

Cara membuat doh roti :
  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM) : masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan : masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.
  4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada 9 bebola kecil dan bulat-bulatkan, leperkan sedikit doh dan masukkan inti kelapa, tutup kemas,  susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur dan toppingkan dengan sedikit kelapa kering dan jalurkan atasnya dengan srikayapandan, bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.
  5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Nota :
  • Kalau nak tukar inti tu pada inti yang lain pun boleh, dan nak biarkan kosong pun sedap jugak, sedap di makan bersama secawan kopi panas, sesuai dijadikan menu sarapan atau minum petang.

No comments:

Post a Comment