Assalamualaikum. Menu menghabiskan pisang yang tengah nazak. Meh layan Talam Pisang lak. Masa nampak Kak Nieza tayang talam pisang ari tu, Mas terus simpan resepi ni. Memang plan nak buat bila ada pisang, tapi jadi terlupa lak lepas tu, bila tengok pisang yang masak ranum tu tergolek berpasangan....cian dia, jadi teringat lak talam pisang yang Kak Nieza buat ari tu...dapat lah kat Mas setengah adunan..itu pun elok2 jer untuk Mas sekeluarga. Puas gak makan. Sajer Mas buatkan dalam bekas kecil2....comeii kan..pada hal malas nak memotong talam tu..takut senget benget lak..muahaha....resepi asal dari Kak Hanieliza. Maceh pada akak berdua. Memang sedapp talam pisang ni.....
Talam Pisang
Resepi asal : Kak Hanieliza
Sumber : Kak Nieza
Bahan Lapisan Bawah :
- 1 cawan pisang - potong dadu atau lecek - Mas lecek
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 cawan tepung beras
- 2 sudu besar tepung kastad
- 2 cawan santan cair
- secubit garam
- sedikit pewarna kuning
- 1/2 sudu kecil esen pisang - Mas tambah
Cara membuatnya :
- Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau spukan minyak sekiranya tiada daun pisang.
- Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang.
- Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit. Mas kukus 15 minit sebab menggunakan acuan kecik.
- Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.
Bahan Atas :
- 1 cawan tepung beras
- 3 cawan santan pekat
- 1 sudu kecil garam
Cara membuatnya :
- Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
- Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
- Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
- Kukuskan lagi 20 minit. Mas buat dalam bekas kecil, kukus dalam 12 minit jerk.
- Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment