Sunday, April 17, 2011

Ayam Sambal Hijau



Assalamualaikum. Jom layan Ayam Sambal Hijau yang sedapp ni. Ain kata macam ayam masak asam, mungkin sebab rasanya yang pedas masam ni...tapi memang sedap. Cuma rasa masam ayam ni sebab diletakkan jus limau kasturi. Hmm....memang kene ngan selera Mas, Alhamdudillah..Ain ngan Daniel pun suka. Resepi diambik dari Kak Yati yang dikenali sebagai ratu talam tu, resepi2 ayam pun banyak tau kat blog kak yati. Rajin2 la kau orang selongkar dapur akak tu..he..he...Maceh kak sudi kongsi resepi ayam ijau ni...muahhhhhh
Semalam agak sibuk sikit keluar jejalan, jadi bila badan dah letih, tak larat lak nak mengadap lappy, jadi pagi ni baru start nak buat bw....tak sabar2 nak terjah sana sini.......opsss..sebelum tu sarapan dulu....meh jemput sarapan sekali...Mas sarapan nasi lemak jerk.....

Ayam Sambal Hijau 
Bahan :
  • 1 ekor ayam - dibasuh & tuskan
  • 3 biji kentang - di kupas kulit, belah dua dan potong serong * Kak Yati tambah, Mas pun
  • 4 batang serai - diketuk
  • 1 labu bawang besar - dihiris kasar
  • 5 biji limau kasturi - diambil jusnya
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan sedikit gula
Bahan Kisar :
  • 5 biji cili hijau
  • 20 biji cili api hijau
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • sedikit belacan
Cara memasak :
  1. Gaulkan ayam dgn garam dan kunyit. Gorengkan sehingga masak.
  2. Gorengkan pula kentang sehingga masak dan ketepikan.
  3. Tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, bawang besar, garam dan sedikit gula. Kemudian kacau rata.
  5. Padamkan api dan tuangkan jus limau kasturi.
  6. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment