Assalamualaikum. Meh layan Pau Gebu ( water roux) resepi II dari Ros jintamanis ni. Untuk resepi Pau Gebu Water Roux sebelum ni boleh lihat DISINI yerk. Mas buat petang semalam pau ni. jadi dah abisss tauu...untuk resepi pau ni Mas buat 1/2 adunan jer, dapat lah dalam 12 biji...cukup untuk 4 mulut yang nak mamam tu. Memang sangat lembut dan gebu jerk pau ni. Mungkin sebab diletakkan water roux tu juga yang menyebabkan pau ni lembut gebu jerk...sedappnya bila menguyah masa panas2......tak mau bebel2 lagi, meh tengok resepinya lak.
Pau Gebu ( water roux) resepi II
Resepi asal : Ros jintamanis
Bahan :
- 550 gram tepung pau ( low protein flour)
- 2 sudu besar marjerin planta ( kalau guna shortening lagi bagus) Mas guna shortening
- 220ml susu segar atau bancuhan susu tepung+1 sudu kecil garam
- 3 sudu besar gula
- 2 sudu kecil double action baking powder
- 4 sudu besar water roux
- 2 1/2 sudu kecil yis
Untuk inti :
- inti kacang merah
Cara membuat pau :
- Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.
- Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan biarkan sebentar, lebih kurang 6 ke 7 minit, kemudian leperkan sedikit dan masukkan sedikit inti kacang merah, tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.
- Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.
Resepi water roux :
Bahan :
- 25 gram tepung gandum
- 125 ml air
Cara membuat water roux :
- masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan
Nota :
- Mas ikut Ros buat pau kecik-kecik je, biar senang nak masuk mulut dan paling penting pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, bagi mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus nanti. Jadi lapik tudung pengukus dengan kain.
- Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment