Wednesday, April 20, 2011

Talam Sagu



Arrgghhhh...tak tertahan rasanya tengok Talam Sagu Kak Anim semalam..sampai termimpi2 mengigit talam sagu tu....jadi bangun jer dari tido pagi tadi...terus buat talam sagu ni...tengahari tadi dah siap untuk dimakan. Perhhhhhhh...sedapppppnya bila dimasukkan ke dalam mulut....rasa sangat2 sedappppp...sukanya hatiku bila hajat dah tercapai...muahahaha
Buat penggemar2 sagu atau kuih talam, boleh try resepi ni....sangat sedapppp tau...boleh dok no 2 kuih talam yang sedap selepas Talam Nangka yang Mas buat ari tu. Maceh Kak Anim sebab sudi kongsi kuih talam yang sedapp ni...Mas suka sangat ngan kuih ni. Ijahhhh  baik kau buat cepat......tak terliur ke nengok kuih talam aku ni.....he..he..
Opsss..lupa lak nak cakap..untuk bahagian sagu tu  Mas masak dulu sagu tu baru tuang ke dalam acuan lompang dan kemudian kukus hingga sagu tu jernih dan menggunakan acuan lompang sebab tengok kuih ni macam susah sikit nak potong, jadi rasanya lebih senang dibuat dalam bekas kecik2.....tak pe yerk Kak Anim..he..he...derhaka sikit jerk....

Talam Sagu
Bahan :
Bahan untuk lapisan bawah ( bersagu ) :
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar
  • 1/2 - 1 cawan gula pasir - akak letak 1 cawan
  • garam secukup rasa
  • pewarna merah secukupnya
Cara membuatnya :
  1. Sapu acuan dengan minyak dahulu. Mas guna acuan lompang.
  2. Gaulkan semua bahan hingga sebati. Mas masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan. 
  3. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min. Baru Mas cedokkan ke dalam acuan lompang yang disapu minyak tadi dan kukus selama 20 minit atau hingga hilang biji2 putih tu.
  4. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu. Mas tak cakar sebab menggunakan acuan lompang.
  5. Letak adunan lapisan atas.

Bahan untuk lapisan atas :
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh garam

Cara membuatnya :
  1. Gaul semua bahan supaya rata.
  2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat ( non stick pan ) dan kacau sebentar atas api.
  3. Apabila nampak pekat, tutup api dan ke tuang atas lapisan bawah tadi.
  4. Kukus lagi selama 20 minit. Mas kukus 15 minit jerk sebab guna acuan lompang.
Nota :
  • Sila lapik penutup pengukus dengan kain untuk mendapatkan talam yang cantik.
  • Mas suka buat dalam bekas yang kecik2 supaya senang keluarkan kuih talam ni. Mas ni bab potong kuih2 talam ni agak lemah sikit sebab kuih ni kan lembut...takut herot berot lak..he..he..

No comments:

Post a Comment