Thursday, April 21, 2011

Blended Orange Cake



Assalamualaikum. Blended Orange Cake ni Mas bercadang nak buat dari hari Isnin lagi, tapi asyik bertangguh jerk...bahan2 dah ada, jadi semalam, walaupun dah buat roti, tetap Mas buat juga kek ni sebab dah tak tahan nak merasa kek oren ni. Dah terbayang bayang jerk kek oren HaSue dan Kak Ita tu. Hati memang terdetik yang kek tu sangat sedap. Hmmmmm..bila dah masuk muluttt....sedapppppnya kek oren ni. Lembab lembut jerk....terasa wangi oren tu....puasnya hati dapat rasa kek ni. Sangat best tau. 
Lagi pun nak membuat kek ni sangat lah senang...bahan2nya pun tak banyak dan simple jerk. Hanya blend dan kacau sebati adunan tu, terus boleh bakar, dan hasilnya..akan mendapat kek yang sangat sedappp. Terima kasih pada tuan resepi kak fida yang sudi berkongsi resepi kek oren yang sangat best ni dimyresepi. Tengok respon sangat ramai yang dah mencuba. Kek ni pasti ada siaran ulangan. Kek oren yang sangat best...terbaikkkk

Blended Orange Cake
Resepi asal : kak fida
Sumber : HaSue dan Kak Ita
Bahan :
  • 1 biji buah limau 
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus - Mas ikut Kak Ita letak 1 1/2 cwn
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu besar baking powder* ( *diayak bersama )
  • hasue tambah sedikit pewarna oren - Mas tak letak
  • Mas ikut Kak Ita tambah 1 sudu besar orange sunquic
Cara membuatnya :
  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
  2. Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  3. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  4. Tuangkan adunan kedalam loyang yang beralas dan gris.
  5. Bakar pada suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.
Nota :
  • Jangan tuang adunan hingga penuh kedalam bekas sebab Mas lihat, kek oren ni akan naik hampir 2 kali ganda semasa proses membakar, jadi biarkan baki suku dari bekas supaya kek tak melimpah nanti semasa dibakar.
  • Mas letak 1 1/2 cawan jerk gula tu dan pada Mas kek oren tu dah cukup manis.


No comments:

Post a Comment