Monday, April 18, 2011

Kek Pisang Goreng



Ari ni mengekek lak. Mas buat Kek Pisang Goreng hasil skondeng kat rumah HaSue. Tengok kek pisang goreng Sue tu gebu tahap gaban jerk.....lagi pun memang ada pisang berangan kat dapur tu. Kek Pisang ni memang berlainan sikit sebab pisang tu digoreng dulu, sebab tu namanya Kek Pisang Goreng. Sedapp tau, lembut gebu jerk....Mas buat 1/2 adunan jerk...cukup untuk bekal Ain ngan Daniel hari ni. Tukang buat rasa dua tiga keping jerk..he..he..
Kak Sofea - After 6 Am dan Anna pun dah try kek pisang goreng ni. Resepi asal kek pisang goreng ni dari kha. Maceh pada semua....

Kek Pisang Goreng
Resepi Asal : My Taste - khazaini
Bahan :
  • 250g pisang emas@ lain2 pisang - Mas guna pisang berangan
  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan gula castor
  • 2 cawan tepung gandum - diayak
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonate
  • 1 cawan minyak suam - guna minyak goreng pisang tadi.
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Pisang digoreng sebiji2 hingga perang gelap, angkat dan sejukkan sebentar.Blend bersama minyak masak suam tadi.
  2. Sementara itu,putar telur dan gula hingga kembang & putih.
  3. Kemudian ayakkan tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit sambil gaul perlahan menggunakan kaedah kaup balik.
  4. Akhir sekali tuangkan adunan yang dikisar tadi.
  5. Tuang dalam acuan yang sudah digris dan dilapik baking sheet dan bakar 160'c  selama 40 min @ sehingga masak (bergantung jenis oven). -Mas dan HaSue bakar lebih kurang 30 minit sahaja pada suhu yg sama.

No comments:

Post a Comment