Assalamualaikum. Sunyi sepi kan ari ni. Maklum la cuti kan sampi Isnin, jadi mesti ramai yang balik kampung, Mas sekeluaga jerk yang tak kemana2. Ari ni mungkin keluar jejalan kejap...tapi esok lusa Mas anak beranak dok rumah jerk sebab abang kerja.
Sebelum Mas celoteh lagi panjang, meh layan Ikan Tongkol Goreng Kicap ni. Sedap tau..Ain ngan Daniel suka sangat, untuk Mas kene la buat sambal belacan sikit sebab nak rasa pedas tu masa makan nasi. Untuk ikan tongkol tu, Mas goreng sikit selepas direbus untuk garingkan sikit ikan tu...sedappp weh,...makan ngan nasi panas..memang best....resepi asal dari Makyong dan boleh juga dilihat didapur HaSue.
Ikan Tongkol Goreng Kicap
Resepi Asal : Makyong@myresepi.com
Bahan :
- 5 keping ikan tongkol
- 3 sudu makan asam jawa - yang masih berbiji
- 2 cm halia atau lengkuas - hiris
- 1 sudu teh garam
- sedikit manisan @ gula melaka
Bahan untuk goreng kicap :
- 1 labu bawang besar - dihiris
- 2 ulas bawang putih - dihiris
- 5-10 cili padi - dihiris ( ikut tahap kepedasan )
- 1 tangkai cili merah dihiris memanjang sedikit
- 2 sudu besar ( atau secukupnya ) kicap
- 2 sudu besar ( atau secukupnya ) sos tiram
Cara memasak :
- Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak sikit air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4 - 5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng. Mas goreng ikan tongkol ni selepas dikukus semalaman.
- Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit.Goreng dalam 2-3 minit.
- Masukkan ikan tongkol dan kacau perlahan,balik2kan supaya sekata bergaul dengan kuah kicap.
- Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
- Sedap dimakan ketika masih panas-panas.
No comments:
Post a Comment