Tuesday, April 19, 2011

Oblong Burger



Assalamualaikum. Meh sarapan Oblong Burger lak pagi ni. Dah banyak ari nak n3 kan resepi oblong burger ni, ada jerk yang potong line..he..he..Oblong burger jenama Ramly burger ni Mas beli kat Giant, ada 10 keping untuk 1 peket dan harganya RM12.99. Kira berbaloi2 juga makan untuk keluarga kecik macam Mas. Untuk sos lada hitam, Mas copy resepi dari Kak Hana, maceh kak..memang best oblong burger ni. Untuk roti oblong burger ni, Mas beli jerk..he..he..boleh juga lihat DISINI sebab Mas dah buat roti burger sebelum ni untuk dimakan dengan oblong burger..kira ari ni pusingan ke2 la makan oblong burger ni he..he....untuk ijah...gi cari kat Giant yerk..insyaAllah ada oblong burger ni. 

Oblong Burger
Resepi sos lada hitam : Kak Hana
Bahan Utama :
  • Daging Oblong jenama Ramly
  • Roti burger oblong - roti sosej pun boleh
  • Bawang Holland - di hiris memanjang - boleh digoreng jika suka. Mas letak mentah
Bahan Sos Lada Hitam :
  • 2 cawan stok ayam- (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar - hana buh 1/4 je
  • 1-2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
  • 1/2 biji bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega / marjerin
  • 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • garam dan gula - jika perlu
Cara membuatnya :
  1. Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam. Didihkan.
  2. Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
  3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
  4. Goreng daging oblong (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
  5. Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
  6. Letakkan daging oblong yang telah di celup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang di hiris.
  7. Makanlah cepat-cepat tapi kunyah pelan-pelan yer.


No comments:

Post a Comment