Friday, April 22, 2011

Kuih Dadar Coklat



Ari ni masak  tomyam, ayam goreng ngan telur dadar jerk untuk lunch....jadi meh layan Kuih Dadar Coklat yang Mas buat pagi tadi untuk sarapan. Sedap jerk tengok Kuih Dadar Coklat ni kat dapur Izahdaut. Bila dah buat dan merasa...wehhhh...memang sangat sedapppp..bukan kata budak2 suka...mak bapak budak pun suka tau.....sedappp.
Mas buat 1/2 adunan jerk sesuai ngan 4 mulut yang nak mamam....tu pun kira puas gak makan, kiranya elok2 jerk habis...he..he..resepi asal kata Izah dari Kak Wan. Maceh untuk makcik berdua....oppsss  lupa lak..oleh kerana Mas buat pagi tadi dan agak kelam kabut sebab bebudak dah nak sarapan, jadi tak sempat nak buat intinya sebab intinya tu kene simpan dalam freeze dulu, jadi Mas ganti inti dadar tu ngan peanut butter coklat...sedappppp weehh...

Kuih Dadar Coklat 
Resepi asal : Kak Wan.
Sumber :  Izahdaut
Bahan inti coklat :
  • 100 ml susu cair
  • 25 gram gula pasir
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 100 gram coklat masakan (potong kasar)
  • 1 biji kuning telur
  • 1/8 sdt garam
Cara membuat inti :
  • Didihkan susu cair secara double boil hingga berbuih ditepinya. Larutkan serbuk koko dan gula dengan sedikit air panas, tuangkan ke dalam susu cair tadi kacau rata. Masukkan coklat masakan, kacau perlahan sambil dimasukkan kuning telur dan tepung jagung untuk memekatkan inti, Angkat biarkan sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk untuk memekatkanya.
Bahan dadar :
  • 200 gram tepung gandum
  • 2 biji telur dipukul sedikit
  • 1/2 sdt garam
  • 2 sdm majerin dicairkan
  • 400 ml susu segar @ santan cair - Mas guna susu segar
  • sedikit coklat emulco
  • majerin untuk meleser * Mas dan Izah tak guna.

Cara membuat dadar :
  1. Satukan bahan dadar, gaul rata hingga tidak berketul. Tapis.
  2. Asingkan 100 ml adunan, masukkan coklat emulco, gaul rata dan ketepikan.
  3. Adunan yang selebihnya dibiarkan dengan warna asal.
  4. Panaskan non stick pan, leserkan sedikit majerin dan ambil piping bag gunting sedikit saja muncungnya, masukkan adunan coklat dan picit bentuk zig-zaz ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Biarkan sekejap dan segera tuangkan adunan warna asal diatas jalur coklat tadi (jgn diantaranya kerana jalur coklat akan tertanggal) dan lenggokkan adunan menutupi dasar kuali. Buat hingga habis.
  5. Ambil sekeping dadar, isikan 1 sudu kecil inti ditengahnya. Gulung secara melintang jaluran tadi.
  6. Pastikan dadar suam sedikit sewaktu memasukkan inti coklat gulung dengan cepat supaya inti tidak cair.
  7. Jika tidak mahir dengan piping bag gunakan sudu kecil untuk membuat jalur.

No comments:

Post a Comment