Tuesday, July 5, 2011

Apam Pisang Beryogurt



Assalamualaikum. Mengapam lagi kan..tengok pisang ada banyak tu..teringat lak nak buat apam pisang...resepi dari Apam Pisang Coklat yang Mas buat dulu, Mas buat lagi kali ni disebabkan teringat kesedapan apam pisang tu, kali ni Mas derhakakan sikit dengan menambahkan yogurt dalam adunan apam pisang tu...jadi lah Apam Pisang Beryogurt, hasilnya tetap marbeles...lembut gebu jerk apam pisang ni...sedapppp....tapi Apam Pisang ni dah abiss yerk...Mas buat semalam untuk bekal Ain ngan Daniel..ari ni baru sempat n3kan..meh layan resepinya lak....

Apam Pisang Beryogurt
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 2 cawan tepung gandum - diayak 
  • 1 sudu teh soda bikarbonat - diayak
  • 1 sudu teh baking powder - diayak
  • 2 sudu makan serbuk koko - Mas letak 1 sudu jer untuk suku adunan 
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cawan pisang - dilecek
  • 4 sudu besar plain yogurt - Mas tambah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 1/2 cawan gula perang - Mas letak 1 1/4 cawan jerk gula halus biasa 
  • 2 biji telur - dipukul
  • 2 sudu besar air - Mas tambah sebab adunan nampak pekat ( untuk mendapatkan apam yang lembut gebu, adunan apam tak boleh cair @ pekat...sedang2 jerk...kene pandai agak2 yerk )

Cara membuatnya :
  1. Panaskan kukusan terlebih dahulu. 
  2. Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk. 
  3. Satukan garam, pisang yang dilenyek, minyak masak, plain yogurt, gula dan telur yang telah dipukul dalam bekas lain dan sebatikan. Tuang kedalam bahan2 yang diayak tadi dan sebatikan, Mas tambah 2 sudu besar air sebab adunan nampak agak pekat. Mas kacau dengan whisk. Mas cedokkan suku adunan dan sebatikan dengan 1 sudu besar serbuk coklat dan masukkan dalam piping beg. 
  4. Masukkan dalam acuan kecil ( Mas paipkan adunan apam pisang yang plain ke dalam paper cup yang dimasukkan dalam acuan lompang dan kemudian baru paipkan adunan apam pisang coklat atasnya ) Boleh juga cedok guna sudu......dan kukus selama 15 minit atau sehingga masak. 
  5. Tutup tudung pengukus dengan kain supaya air kukusan tidak jatuh ke atas apam  semasa mengukus dan untuk dapatkan apam yang mekar, kukus dengan api yang kuat.


No comments:

Post a Comment