Assalamualaikum. Meh layan muffin pisang yang panass lagi ni...baru kluar oven..untuk bekal Ain ngan Daniel sebenarnya dan menghabiskan stok pisang berangan yang dah masak ranum tu.....sesuai bebenor dimapinkan.....resepi asal muffin pisang ni diletakkan inti coklat dalamnya...oleh kerana stok coklat pun tak banyak..malas lak nak meletakknya...jadi muffin pisang ni biasa2 jerk...tetap sedapppp...rasa macam kek pisang pun ada...maceh pada tuan resepi Ros Jintanmanis dan Izahdaut pun buat juga baru2 ni....siap ada tips2 tentang muffin lagi pada resepi Muffin Pisang Inti Coklat yang Izahdaut buat hari tu. Caya lah makcik...maceh berkongsi tips2 tu yerk...Mas kongsikan kat sini pulak yerk...
Muffin Pisang
Resepi : Ros Jintanmanis
Sumber : Izahdaut
Bahan :
- 2 cawan tepung gandum
- 1 1/3 cawan gula * izah guna 3/4 cawan
- 2 biji pisang yang ranum * izah letak 200gm
- 1\2 cawan minyak masak
- 2 biji telur
- 1\3 cawan susu segar
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 1/2 sudu kecil baking powder
- beberapa titik esen vanila
- beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji) - Mas x ltk
Cara membuatnya :
- Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.
- Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.
- Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.
- Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, *izah bakar 25minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
Tips dari Izahdaut : Sepanjang saya mencube pelbagai jenis muffin ni boleh la saya sharekan sikit pengalamannya.
- Secara umumnya muffin adalah salah satu jenis cupcake. Cupcake ni lagi luas dan merangkumi pelbagai jenis, contoh medeleines pun adalah sejenis cupcake dan mooncakes pun dikatakan dikategorikan di bawah cupcakes. Asalkan ianya berbentuk kek yang dimasak didalam mould kecil, ianya adalah cupcakes.
- Cara pembikinan membuatkan kita lebih mudah membezakan cc dengan muffin. CC dibuat dengan pelbagai teknik.
- Antaranya teknik cream mixture - iaitu menggebukan gula dan butter seterusnya telur.
- teknik all in 1 mixture - masukkan semua bahan dan gebukan.
- teknik whisked mixture - iaitu dengan wisk kan dulu telur, gula dan kemudian bahan2 lain.
- teknik muffin - iaitu mengasingkan bahan kering dan bahan basah kemudian campurkan keduanya.
- Jadi secara khususnya membuat muffin adalah sangat mudah. Iaitu mengasingkan bahan kering dan basah. Kemudian tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Gaul.
- Satu perkara penting untuk mendapatkan muffin yang fluffy gebu dan lembut ialah jangan OVERMIX bahan basah dengan kering. Gaul sekadar sahaja. Biarkan jika adunan nampak tak licin dan adunan nampak berketul2.
- Cara saya mudah, saya pastikan bahan2 kering betul2 digaul rata. Kemudian bahan2 basah seperti telur, mentega cair, susu segar, pisang, yogurt dsb digaul sebati. Kemudian curah ke dalam bahan kering dan kaup balik menggunakan spatula. Gaul kurang lebih 1 minit aje. Jangan overmix!
- Untuk mendapatkan muffin membukit naik, sudukan ke dalam muffin cup 3/4 penuh. Tapi awas tidak semua jenis muffin akan naik membumbung, Ada juge jenis muffin yang akan melimpah ruah. Lain jenis muffin dan adunan, lain result yang dapat. Sebab itulah saya suke mencube pelbagai jenis muffin. Jika dalam resepi ada menyebut sudukan hanya 1/2 adunan bermakna mungkin muffin jenis yang agak cair adunanya.
- Satu faktor lain membumbung naik atau tidak muffin ini, adalah jenis adunanya. Berdasarkan pengalaman cetek saya membuat muffin ni, jika adunan sedikit pekat, saya suke letakkan adunan agak penuh ke dalam muffin cup. Nanti hasilnya muffin akan naik membumbung cantik. Sebab permukaan muffin mudah kering dan akan membuatkan muffin tidak melimpah.
- Muffin yang adunan nya agak cair , mungkin ada keberangkalian akan melimpah jika meletakkan penuh2 ke dalam muffin cup. Mungkin disebabkan permukaannya masih cair basah ia mudah melimpah. *ini adalah berdasarkan pengalaman. Bukan teori sebenar yeee.. hhehe
- Faktor lain adalah, jangan ketuk atau hentak muffin cup selepas disudukan adunan. Biarkan ada angin2 di dalam adunan itulah yang membuatkan muffin naik membumbung.
- Faktor lain adalah suhu oven. Ramai juga yang mungkin mengalami masalah muffin tak naik elok kerna suhu oven masing2. Syaa belajar dari sifu kak Nor Secubitgaram yang suhu juga memainkan peranan penting. Kite sendiri kena faham ragam oven masing2 untuk menghasilkan muffin yg elok. Kata kak Nor jika oven menggunakan api atas dan bawah ada 2 cara untuk menentukan yang mana satu lebih elok.
- Pertama: Bakar muffin 10 minit menggunakan api bawah, kemudian tukar ke api atas dan bawah hinnga masak.
- Kedua: Bakar muffin menggunakan api atas bawah, kemudian tukar ke api bawah sahaja sehingga masak.
- Sila cube yang mana satu elok dengan oven untuk menghasilkan muffin yang cantik.
- Dah baca semua atas tu kan? Nak bagitau skali lagi, secara khususnya membuat muffin mmg tidak menggunkaan mixer, tidak perlu cream teknik bagai. Hanya menggaulkan bahan basah bersama bahan kering. Tapi kerana kekreatifan kite maka dah banyak variasi muffin yang menggunakan teknik pelbagai. Dan hasilnya sangat memuaskan dan menambah fluffy gebunya sesuatu muffin itu. Satu lagi kalau dibarat muffin ni lebih suke dibakar bogel tanpa cup dan berbentuk cendawan. Satu lagi cadangan hidangan adalah ketika panas2.
- Penggunaan sesuatu bahan juga menambah kegebuan sesuatu muffin. Jadi kalau nak cube dan nak rasa, bolehlah mengalami pengalaman sendiri menggodek muffin. Okaeyy... ini adalah satu info amatur dari saya. Banyakkkk lagi kena belajarkan. Dan siapa2 jom lah kongsi lagi tips2 membuat muffin ni. Saya memang suke siapa2 sudi share.
No comments:
Post a Comment