Saturday, July 2, 2011

Cendawan Goreng Hot & Crunchy



Assalamualaikum. Ari ni masak simple2 jerk...jadi meh layan Cendawan Goreng Hot & Crunchy ni. Memang sedapppp...ranguppp...sedappp dicicah ngan sos thai...untuk cendahwan goreng ni, Mas try resepi Kak Nor lak...cuma ditambah cajun dalamnya....dan ada sedikit perbezaan masa membuatnya sebab Mas tak celup cendahwan dalam tepung, Mas  gaulkan cendahwan ngan yogurt dan sedikit garam, baru Mas salutkan dengan semua bahan2 kering yang telah disatukan sebati..ni gara2 salin bahan2 jerk...lupa lak cara membuatnya...kikikiki...alhamdudillah..cendahwan tu sedappp...rangupp jer...maceh pada Kak Nor...jangan marah yerk sebab terdehaka lak....kalau kepala pening...macam2kan...nasib baik menjadi dan sedappp.....

Cendawan Goreng Hot & Crunchy
Bahan :
  • 400 gm cendawan tiram
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 cup/bekas yogurt plain
  • 1/2 sudu besar serbuk cili ~ lebihkan jika ingin lebih pedas - Mas letak cajun
  • 1 sudu besar serbuk cili kasar
  • 1 1/3 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • minyak utk menggoreng

Cara membuatnya :
  1. Siatkan cendawan ikut saiz yg dikehendaki.
  2. Basuh bersih dan toskan. Lapkan dgn paper towel sekiranya ada lg lebihan air pd cendawan. Mas satukan yogurt dan sedikit garam dan sebatikan dengan cendahwan.
  3. Bancuh kesemua bahan2 lain kecuali minyak hingga sebati. Mas satukan tepung gandum, tepung beras, cajun, serbuk cili dan sedikit garam. Mas tak letak air.
  4. Panaskan minyak dgn api yg kuat.
  5. Bila minyak dah cukup panas, celupkan cendawan ke dalam batter ( Mas salutkan cendahwan yang berlumur yogurt tadi dengan bahan no2 dan goreng hingga masak/garing.
  6. Angkat dan toskan.
  7. Boleh lah dihidangkan dgn sos cili thai atau sos cili kegemaran masing2.
  8. Selamat mencuba :)
* proses menggoreng cendawan mmg perlu menggunakan api yg kuat supaya cendawan tidak menyerap minyak dgn banyak atau lebih dikenali dgn panggilan kembang minyak :)



No comments:

Post a Comment