Monday, July 18, 2011

Ikan Talapia Bakar Tomyam



Assalamualaikum. Memang mabeles Ikan Talapia Bakar Tomyam ni. Sedapp sangat....bau ikan ni masa dibakar harumm jerk semerbak.....satu lagi resepi yang mudah dan sedappp...Mas perap 4 jam dulu tau baru bakar ikan talapia ni...lagi best......resepi asal ikan bakar ni menggunakan ikan siakap...tapi Mas try guna ikan talapia merah....hhmm.....sedapp hingga menjilat jari....memang berbaloi menerai resepi dari buku Senangnya Memasak Ikan,ciptaan Chef Hanieliza ni..... Kak Maz menggunakan sotong , Kak Zhai dan Noorsha menggunakan ikan siakap seperti resepi asal...pasti ada siaran ulangan untuk resepi ni dan lain kali Mas nak guna ikan siakap pulak...

Ikan Talapia Bakar Tomyam
Resepi : Buku Senangnya Memasak Ikan, Chef Hanieliza
Sumber : Kak Zhai dan Noorsha
Bahan A :
  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan) - Mas guna ikan talapia
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • Aluminium foil dan Mas letak juga daun pisang
Bahan B :
  • 2 biji cili merah - Mas tak letak sbb letak cili padi merah
  • 5 biji cili api - nak pedas letak lebih
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit gula dan fish sos - Mas pun ltk mcm Noorsha
  • 1 biji tomato - Mas tambah

Cara membuatnya :
  1. Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin.
  2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
  3. Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit.
  4. Perahkan limau semasa menghidang.

No comments:

Post a Comment