Thursday, July 7, 2011

Pau Gebu Kak Fida



Assalamualaikum. Ni gara2 nak menghabiskan stok tepung pau...menerai Pau Gebu Kak Fida lak. Memang best pau ni...lembut gebu jerk..resepi asal pau ni ialah Pau Ayam dan BBQ...oleh kerana Mas buat ni pau kaya...jadi tukar jerk namanya jadi Pau Gebu Kak Fida. Senang nak ingat sebab Mas ada banyak resepi2 pau yang best2 belaka. Maceh pada Kak Fida..sememangnya resepi kak fida ni tak pernah mengecewakan. Sayangnya Kak Fida tak buka blog...kalau tak boleh terjah dapur akak tiap hari.....Terima Kasih juga pada Myresepi..banyak juga resepi2 yang Mas dapat dari sana, salah satunya Mas berpeluang mencuba resepi2 Kak Fida ni......memang terbaik.....oleh kerana Mas tak de tepung Hong Kong dan sememangnya nak menghabiskan stok tepung pau.....Mas guna jerk tepung Pau...hasilnya tetap memuaskan hati...dapat pau yang lembut gebu jerk....lain kali nak try pulak guna tepung Hong Kong......mesti lagi bestkan...

Pau Gebu Kak Fida
Bahan :
  • 500 g tepung Hong Kong @ 3 3/4 cwn rata, 10 g = 1sb rata - diayak
  • 50 g gula halus @ 3 1/2 sb rata
  • 250 ml air suam
  • 2 sk yis segera
  • 2 sk double acting baking powder
  • 1 sk garam halus
  • 40 g crisco / shortening (3 sb rata)
  • secukup inti ayam atau ayam BQQ:-
  • Mas guna inti kaya

Cara membuatnya :
  1. Satukan air suam, gula, garam, yis, double action baking powder dlm mangkuk mixer dan kacau rata lalu masukkan tepung dan diuli dgn hook beater hingga rata dan masukkan crisco dan putar lagi sehingga doh tidak melekat di keliling mangkuk.Sekiranya adunan masih melekit,tambah tepung dan uli terus.Tutup mangkuk mixer dgn plastik dan perap doh selama 30 minit.
  2. Cara lain : Mas masukkan semua bahan dalan BM ( pastikan garam dan yis tidak bertemu, letakkan yis sebelah kanan dan garam sebelah kiri ) dan biarkan BM menguli hingga habis dan doh naik 2 kali ganda. 
  3. Ambil sedikit adunan (akak timbang 40 g dan dapat 24 biji) dan dibulat2kan hingga habis. Leperkan bebola doh dan isi inti pilihan dan bentukkan bulat semula(diponjot atasnye) ikut krativiti masing2. Alas setiap pau dgn kertas kuih yg digunting bulat atau potongan daun pisang. Susun di dlm loyang dan jarakkan dan biar naik 2 kali ganda.
  4. Kukus pau selama 10 minit atau sehingga masak dlm kukusan yg telah dipanaskan terlebih dahulu.


No comments:

Post a Comment