Monday, July 4, 2011

Roti Naik Lagi



Assalamualaikum. N3 tertunggak yang sepatutnya muncul semalam, tapi dah dipintas oleh Roti Mayonis yang panass tu....Mas buat petang Ahad lepas Roti Naik ni... pernah buat sebelum ni DISINI. Memang salah satu roti peberet Mas juga...dah banyak kali gak buat sebelum ni...roti yang sedapp dimakan macam tu jerk atau pun best juga dicicah dengan nescafe....lembut gebu jerk roti ni.....jangan ada yang minta lak yerk sebab dah habiss pagi semalam...sambil tengok roti mayonis Anna tu...sambil mengunyah roti naik ni...kikikiki...last2...roti mayonis gak yang kluar dulu...jadi, meh tengok resepi roti naik ni lak...

Roti Naik
Resepi : Puan Asmahan Hanim via Nana Samat.
Sumber : MasDuniaku
Bahan :
  • 500g tepung gandum
  • 1 biji kuning telur gred A
  • 180g gula halus
  • 2.5g yis - hana lebihkan 1.5g
  • 113g marjerin
  • 37g minyak sapi@butter@shortening
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur + susu segar sapu sebelom bakar
  • sedikit mentega utk sapuan lepas bakar

Cara membuatnya :
  1. Masukkan air, telur, dan gula ke dalam breadmaker. Masukkan pula tepung dan juga yis.
  2. Setting Dough dan ONkan.
  3. Bila doh dah bercampur, majukkan marjerin dan jugak minyak sapi. Biarkan BM terus menguli lebih kurang 11/2jam sehingga kembang dan siap.
  4. Bahagikan doh kepada 20 bahagian. Bulat2kan dan susun ke dalam loyang.
  5. Tutup roti dengan kain/plastik wrap sehingga naik sekali ganda lagi lebih kurang 30-40min. Sapukan dengan egg wash.
  6. Bakar suhu 200 selama 15-20min sehingga keperangan. - hana bakar suhu 170 selama 20min.
  7. Keluarkan dari oven dan sapukan sedikit butter supaya roti nmpk berkilat. Sejukkan atas redai. Bila dah sejuk boleh simpan dalam bekas tertutup.
  8. Untuk uli tangan , rujuk resepi asal SINI.


No comments:

Post a Comment