Assalamualaikum. Hari ni kelam kabut sikit...he..he...tak pe...sekarang dah selesai dan baru boleh mengupdate blog. Meh layan Roti KismisYogurt yang masih suam2 ni....Alhamdudillah..sempat juga buat bekal untuk Ain dan Daniel....memang dah berkenan kat roti ni bila tengok Izah tayang semalam....jadi bila hari ni kene juga kluar beli barang untuk buatkan cheese tart untuk ustazah Ain, Mas pun beli yogurt sekali......dapat juga menerai roti yogurt hari ni....Alhamdudillah....memang lembut gebu macam yang Izah cakapkan....sedappp....Mas pun tak letak kismis sebab terlupa lak beli kismis tadi..he..he..pada hal bebudak tu suka kismis...tak pe la..bila buat lagi nanti...boleh letak kismis pulakk...mehhh.....jemputt ambik sorang seketoiii.....
Roti KismisYogurt
Bahan (anggaran 17 ketul) :
- 300gm tepung gandum protein tinggi (tepung roti)
- 100gm tepung gandum protein sederhana (tepung gandum biasa)
- 20gm susu tepung
- 75gm gula pasir
- 8 gm yis segera
- 1 biji telur - pukul ringan
- 50gm yogurt
- 150ml air sejuk
- 75gm marjerin
- 1 sudu teh garam
- 50gm kismis, potong dua, celur dan toskan (akak just rendamkan sebentar dalam air panas dan toskan. Lap sikit dgn kitchen towel)
- * Mas dan Izah tak letak kismis
- Bahan sapuan:
- 2 sudu makan susu sejat (sy guna susu pekat)
Cara membuatnya:
- Campurkan tepung roti, tepung gandum, susu tepung, gula pasir dan yis segera. Kacau rata.
- Masukkan telur, yogurt dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Masukkan majerin dan garam. Uli lagi sehingga elastik. Biarkan doh rehat selama 30 minit. (*akak just masukkan dalam Bread Machine dan tunggu hingga proses ulian siap)
- Kempiskan adunan. Masukkan kismis. Uli sehingga merata
- Susun adunan, setiap adunan seberat 50gm. Bentukkan bulat-bulat dan biarkan selama 10 minit.
- Canai adunan memanjang dan gulung.
- Letakkan didalam cawan kertas yang memanjang. Biarkan selama 70 minit sehingga kembang.
- Sapukan susu sejat.
- Bakar selama 12 minit dengan suhu ketuhar 190C sehingga masak.
Nota: Ulian mmg sedikit lembik, tp still boleh uli...so taburkan sedikit tepung atas papan canai dan uli manja-manja sikit semasa membulatkan doh tu eh..hehee
*doh Mas dan Izah sedang elok tak lembik. Mungkin sudah dikurangkan sedikit air. Elok untuk dibentuk.
No comments:
Post a Comment