Thursday, July 14, 2011

Donut Sira Sambal



Assalamualaikum. Meh layan Donut Sira Sambal petang2 gini...sebenarnya first time gak Mas makan donut bersira sambal ni....gara2  tergoda nengok Noorsha tayang ari tu...lepas tu HaSue lak mencubanya.....jadi Mas teringin nak merasa Donut Sira Sambal ni...hmm..rasanya seakan2 burger malaysia la....sedappppp...sukaaa sangat......tambah satu lagi kelainan pada resepi donut......untuk donut tu Mas guna Donut Roti Mayonis yang Mas buat hari tu....senang bila difrozenkan...nak makan..boleh terus goreng....jadi meh tengok resepi sambal sira tu......

Donut Sira Sambal
Resepi : Noorsha
Sumber : HaSue
Bahan² untuk sira :
  • 15 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang putih
  • 1/4 cawan sos tomato
  • 2-3sb gula pasir (kemanisan ikut suka ya)
  • 1/2 labu bawang besar - Mas ikut hasue tambah
  • Garam secukup rasa - Mas ikut hasue tambah
  • 10 -15 biji Donut yang telah digoreng


Cara untuk membuat sira sambal :
  1. Blend lada kering,bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air dan tumis hingga garing.
  2. Masukkan gula,garam dan sos tomato. Gula terpulang pada citarasa samada nak manis atau tak. kalau nak manis, boleh tambah lagi.
  3. Kacau lagi hingga tumisan kering @ garing sekali lagi. Kecilkan api dan buang lebihan minyak yg terhasil semasa menumis tadi.
  4. Dengan api yg paling kecil, kacaukan donat dengan sambal. teruskan kaedah kaup balik hingga sambal melekat pada kuih.
  5. Matikan api n sedia dihidang.Selamat Mencuba :)

Sebaiknya selepas disira,terus jer angkat donut tu dan buh atas pinggan ye, kalau tak ia akan sedikit melekat kalau masih kat kuali selepas beberapa jam.hehe..ni macam terjadi pada aku jer kan?huehue..


No comments:

Post a Comment