Assalamualaikum. Meh layan dulu Kuih Kasturi @ kuih rengas @ pun kuih kacang hijau ni. Banyak gelaran yang diberikankan kat kuih ni kan...kuih yang sedappp dan menjadi peberet family Mas...Selalunya Mas memang simpan inti kacang yang dah siap tu dalam freeze, jadi bila nak makan, tinggal buat adunan tepung, celupkan inti kacang hijau tu dan terus goreng....senangkan...Semenjak Mas ikut cara HaSue, rasanya dah sedappp buat kuih kasturi ni tak letak kelapa...memang best...macehh ada mek sue....siap ada petua lagi yang Sue berikan untuk dapatkan kuih kasturi yang sedap....memang ratu petua mek Sue sorang tu...jadi sila2 lah bertandang ke HaSue: I Love My Life yerk...banyak petua2 dan resepi2 yang best2 kat kat situ....siap ada gambar cara2 penyediaannya lagi untuk resepi2 Sue tu......memang terbaik....tu yang aku suka...rajinnn betoi kau sue.....
Kuih Kasturi @ kuih rengas @ pun kuih kacang hijau
Resepi : HaSue
Sumber : MasDuniaku
Inti Kacang Hijau
Bahan :
- 1 cawan kacang hijau
- 3/4 atau 1 cawan gula pasir- kemanisan bergantung kepada selera masing2
- 1 sudu kecil garam
- Air secukupnya untuk merebus kacang
- Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika,rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk.
- Apabila air rebusan hampir kering,tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan tunggu sehingga benar2 kering(sila kacau selalu apabila hampir kering tu untuk mengelakkan berkerak atau hangus)
- Setelah benar2 kering,barulah masukkan gula dan garam tadi. Inti akan mencair kembali kerana gula yang cair tu..Biarkan renih dan kering lagi sekali..kacau sekali sekala dan pastikan guna api sederhana perlahan.
- Apabila sudah mula kering, perlahankan api..dan kacau sentiasa.
- Untuk memastikan inti sudah masak - kacang yang dimasak tadi tidak lagi mengeluarkan wap dari inti atau tiada renihan lagi walaupun api masih terpasang..memang senyap je(takde plup2 dah kat adunan inti tu..haha..bahasa apa aku guna nih),dah siap laa tu..harap faham laa maksudnya ni..hehe
- Padamkan api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum dibentuk..
- Bentukkan bulat2 sebesar bola pingpong dan leper2kan sedikit.. *sila rujuk gambar DISINI.
- inti ini juga tahan disimpan dalam peti sejuk dan sedia saja untuk digunakan..jadi jimat masa kan.
Bahan2 membuat adunan tepung :
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/3 sudu makan marjerin
- 1 sudu kecil garam
- secubit gula
- 1/2 cawan air
- Sedikit pewarna kuning
- Minyak secukupnya untun menggoreng - lebih kurang 2 cawan
Cara membuatnya :
- Dalam bekas,campurkan tepung,marjerin,garam,gula. Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning
- Panaskan minyak dalam kuali,celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.
No comments:
Post a Comment