Tuesday, July 19, 2011

Donut Kak Yani



Assalamualaikum. Donut....donut.....mari2 makan donut....nak yang mana...yang bergelang mutiara ke yang gelang biasa tu...yang gelang mutiara tu ada 2 jerk...sebab malass bebenor nak bergentel mutiara tu banyak2....sajerk menerai bentuk belang mutiara tu bila dah dapat petua dari Noorsha tentang cara nak melekatkan bulat2 doh tu supaya tak terlerai masa menggoreng, cantik jerk tengok Noorsha buat Donut Tofu hari tu....Jadi Mas pun try untuk Donut Kak Yani ni...Alhamdudillah...menjadi...maceh pada Noorsha....muuaahhhh.....
Berbalik pada Donut Kak Yani ni...ikutkan resepi asal.....Kak Yani pintal2kan  donut tu..boleh lihat DISINI yerk ...jadi bila dah bergentel2 membuat donut bentuk gelang mutiara tu....hhmmm...jadi terlupa lak nak memintal doh tu...Mas buat bentuk donut yang biasa jerk....dah siap goreng baru ingat....hmmm..tak pe la..lain kali boleh buat donut pintal2 yerk.....alhamdudillah...Donut Kak Yani ni lembut gebuu walaupun tak letak telur.....sedappp...patut la mendapat sambutan hangat diMyresepi....memang berbaloi mencubanya......bahan2nya pun simple jerkk......

Donut Kak Yani 
Bahan :
  • 200 g tepung roti
  • 20 g gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • 140 ml susu segar
  • 20 g butter
  • minyak masak untuk menggoreng
  • sugar powder

Cara membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan dalam bread maker dan tekan butang Dough dan biarkan bm menguli hingga siap dan adunan naik.
  2. Keluarkan adunan dan tumbuk2 untuk buang angin dan buat bulat2 dan kemudian leperkan. Rehatkan 20 minit atau hingga donut mengembang.
  3. Buat lubang tengahnya, menjadi bentuk donat dan terus goreng sampai kuning kecoklatan ( gunakan api perlahan semasa goreng ), semasa goreng putar2 tengah lubang donut tu dengan chopstick supaya lubangnya tak tenggelam sebab donut ni akan naik lagi semasa menggoreng.
  4. Angkat dan toskan sebentar baru salutkan donat dengan gula halus atau hias dengan coklat.

TIPS Dari NOORSHA :
UNTUK DAPATKAN DONUT YANG BENTUK GELANG MUTIARA TU, SEDIAKAN BAKING PAPER @ KERTAS A4. GUNTING SIKIT SUPAYA DAPAT SAIZ YANG KECIL, NGAM² UNTUK SEBIJI DONUT NI.....TABUR SEDIKIT TEPUNG, KEMUDIAN BULAT² DOH KECIL².....SELEPAS MEBULAT²KAN DOH TU, SAPU SISINYA DENGAN AIR, SUSUN RAPAT BEBOLA SETERUSNYA DIBAHAGIAN SISI YANG DISAPU AIR TU.. DENGAN CARA NI, INSYAALLAH DONUT NI TAKKAN TERLERAI MASA MENGGORENG YA.. SEMASA MENGGORENG, ANGKAT PERLAHAN² BAKING PAPER YANG BERISI DONUT TADI, PERLAHAN² SENDENGKAN SEDIKIT HINGGA DONUT TU MASUK DALAM KUALI KESELURUHANNYA....


No comments:

Post a Comment