Sunday, July 10, 2011

Donut Roti Mayonis Terbaikkkk



Assalamualaikum. Mendonut lagi...kali ni derhakankan resepi Roti Mayonis tu menjadi Donut.  Tengok Hani buat hari tu...memang teringin nak mendonut dari resepi Roti Mayonis tu...jadi Mas pun try buat...hmm......terbaikkk la...lembut gebu betoiii donut tu...sangat sedappppp...sukanya bila 1 resepi boleh dipelbagaikan.....maceh pada tuan resepi Kak Yani...memang resepi roti mayonis ni mendapat sambutan hangat....jadi Mas syorkan untuk yang dah mencuba roti mayonis untuk menerai lak membuat donut dari resepi roti mayonis ni.....serius Mas cakap...memang terbaik donut ni.....lembut dan gebu jerkk.......

Donut Roti Mayonis
Resepi : Kak Yani
Sumber : Hani
Bahan :
  • 300g tepung roti
  • 110g air
  • 50g water roux
  • 50g mayonis
  • 45g gula
  • 45g marjerin/butter
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung

Cara membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan dalam bread maker dan tekan butang Dough dan biarkan bm menguli hingga siap dan adunan naik.
  2. Keluarkan adunan dan tumbuk2 untuk buang angin dan buat bulat2 dan kemudian leperkan. Rehatkan 20 minit atau hingga donut mengembang.
  3. Buat lubang tengahnya, menjadi bentuk donat dan terus goreng sampai kuning kecoklatan ( gunakan api perlahan semasa goreng ), semasa goreng putar2 tengah lubang donut tu dengan chopstick supaya lubangnya tak tenggelam sebab donut ni akan naik lagi semasa menggoreng.
  4. Angkat dan toskan sebentar baru salutkan donat dengan gula halus atau hias dengan coklat.
  5. Mas buat untuk frozen sama donut roti mayonis ni...hasilnya donut ni tetap memuaskan hati.... 

Nampak kan...memang lembut gebu donut roti mayonis ni...terbaik..


No comments:

Post a Comment