Assalamualaikum. Meh layan lagi menu malam tadi.....ari ni tak berapa ada mood nak masak...badan pun tak berapa nak sihat..dengan rasa nak demam, selsema, pening...Mas masak apa yang patut jerk ari ni....selingan untuk dimakan ngan nasi goreng malam tadi, Mas goreng pisang awak sekali. Hmmm..memang rangupppp pisang goreng ni walaupun dah sejuk.....krupp krappp krupp krapp menguyah pisang goreng ni...rangup diluar dan lembut didalam...yang lembut tu pisang la kan...Mas guna pisang awak yang masak....perhhh...memang best...nampak yang hitam2 tu...berair2 keluar air pisang tu masa menggoreng...tu yang sedappp....syok betoi menguyah.....
Pisang Goreng Rangup
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
- Pisang secukupnya - Mas guna pisang awak dibelah 2
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil marjerin
- 1 sudu kecil tepung kastard
- 1 cawan air sejuk dari peti ais
- sedikit garam
- sedikit gula pasir - optional
- sedikit pewarna kuning
Cara membuatnya :
- Masukkan tepung gandum, tepung kastard, garam dan gula di dalam mangkuk, sebatikan.
- Kemudian masukkan air sejuk dan kacau sebatikan, masukkan marjerin, sebatikan lagi dan tuang sedikit pewarna kuning dan kacau sebati, ketepikan
- Untuk menggoreng, pastikan minyak cukup panas, celupkan pisang dalam adunan tepung tadi dan masukkan pisang yang dicelup tadi kedalam minyak yang panas tu.
- Gorenglah pisang hingga masak keemasan dengan api sederhana.