Assalamualaikum. Bersiaran dipagi Isnin yang mendung sejuk2 gini. Jom kene Mee Goreng Mamak bercajun ni. Sedapp tau bila diletak cajun dalam Mee Goreng Mamak ni. Terasa pedas2 berempah tu....makan lak ngan cili jeruk perhhh.....sedapppp tau....tengok semalam pun Kak Nor n3kan masakan berunsurkan cajun iaitu Cendawan Goreng Berempah Cajun, boleh tengok cajun kat situ yerk untuk yang tak kenal lagi cajun tu.
Berbalik pada Mee Goreng Mamak bercajun ni, penambahan cajun dalam mee goreng mamak ni amat berbaloi...sedapppp.....jadi sesiapa yang ada cajun tu..boleh pelbagaikan penggunaan cajun dalam masakan.....tak salahkan mencuba dan bila hasilnya memuaskan hati....kan dah bertambah koleksi resepi tu....betul tak.....
Mee Goreng Mamak bercajun
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
- mee kuning - agak2 untuk sorang
- udang - ikut nak banyak mana
- isi ayam - cuci bersih dan potong2
- 1/2 cawan taugeh
- 2 pokok kucai - potong kecil
- 3 sudu cili mesin - nak pedas bubuhlah lebih
- 1 sudu kecil rempah kari ayam
- 1 sudu kecil kicap pekat
- 1 sudu kecil sos tiram
- 1 sudu besar sos cili
- 1/2 sudu kecil sos ikan
- 1 sudu kecil cajun
- sedikit minyak masak - untuk menumis
- 2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
- 1 biji telur
Cara memasak :
- Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, cili kering yang dikisar ikut pedas dan serbuk kari dan biarkan garing dan wangi.
- Masukkan udang, isi ayam dan kacau rata.
- Masukkan kicap, sos cili, sos tiram, sos ikan, kacau sebati dan masukkan mee. Kacau rata. Boleh tambah stok ayam @ air jika mee kelihatan kering. Air @ stok tu agak2 yerk.
- Masukkan taugeh, sawi dan cajun, kacau lagi.
- Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
- Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
- Masak hingga mee agak kering dan boleh diangkat.
No comments:
Post a Comment