Assalamualaikum. Meh sarapan Donut Ball pagi ni. Mas buat malam tadi, untuk dibuat bekal dan sarapan anak2 pagi ni. Hmmm.....sangat lembut gebu donut ni tau...abang dan anak2 puji ...donut ni lembut gebu dan tak berminyak...siap tanya letak apa lak dalam donut tu...donut resepi Kak Dayang ni berbeza sikit sebab diletakkan ovelete dalamnya dan hasilnya tak mengecewakan...menghasilkan donut yang lembut gebu dan cara membuatnya pada Mas simple dan cepat. Maceh pada Kak Dayang dan Izahdaut pun dah menerainya dengan memosingkan donut tu dengan menarik sekali...gambar2 kat blog makcik ijah tu makin lama makin cantik, mengancam, menarik dan ku memang tertarik...tahniah makcik....nanti aku berguru ngan kau yerk.... begitu juga dengan Kak Yatie yang telah mencuba lebih awal...tengok donut Kak Yatie...comei2 jerk mulat2nya....
Donut Ball
Bahan :
- 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
- 2 1/2 sudu besar gula
- 1 sudu besar susu tepung
- 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
- 1 sudu kecil ovallette
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 biji telur
- 1 sudu besar marjerin
- 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
- gula saduran
- **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)
- Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
- Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
- Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
- Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
- Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan
No comments:
Post a Comment