Friday, June 10, 2011

Roti Manis



Assalamualaikum. Bertemu lagi dipagi sabtu. Hmmm..semalam....sibuk sikit petangnya....malam baru sempat BW...jadi meh layan Roti Manis untuk n3 ari ni. Patutnya roti manis ni Mas n3kan petang semalam..jadi tak sempat lak sebab sampai rumah pun dah malam, sempat buat BW jerk...nampak juga Noorsha pun dah try Roti Manis yang asalnya Mas nampak kat dapur IkaKata Ika, resepi diambik dari Kongsi ResepiTengok bahan2nya pun pada Mas tak banyak..biasa2 jerk...dan roti ni tak menggunakan telur atau bahan pelembut yang lain. Hasilnya...roti manis ni lembut....gebuss jerk....suka sangattt dengan kejadian roti manis ni. Walaupun namanya roti manis, tapi roti ni pada Mas tak de la manis sangat....Mungkin sebab Mas kurangkan sikit gula tu kot. Roti manis ni sedapppp dicicah ngan nescafe atau dimakan begitu sahaja. Hm...membebel panjang lak kan...layan2 la dulu yerk Roti Manis ni, kejap lagi tuan tanah nak kluar...membeli belahhh apa yang habiss kat dapur tu...byeee....

Roti Manis 
Resepi : Arah - Ika
Sumber : Kongsi Resepi

Bahan A:
1/2 cawan air suam
1 sudu makan tepung gandum
1 paket yis>>11g
1 sudu makan gula 
**Campurkan kesemua bahan ketepikan seketika sehingga berbuih

Bahan B :
2 sudu makan butter - cairkan>> Mas ikut Ika guna 1sb butter cair dgn 1 sb Shortening

Bahan C :
1 cawan gula (atau 12 sudu makan) cairkan jadi sirap dgn 1/2 cawan air (ini untuk menguli tepung) masa menguli, kalo tepung kurang air boleh tambah air suam sedikit demi sedikit.>>gunakan air suam supaya cepat larut gula tadi

Bahan D :
3 cawan Tepung Roti

Bahan Tabur :
Gula caster

Cara membuatnya :
  1. Masukkan bahan D dalam bekas adunan.
  2. Campur kesemua bahan2 A, B & C tadi pastu uli jadikan doh...
  3. Sudah uli, agak2 dohnya kenyal2 mcm doh roti canai yg besa tengok kat kedai mamak tu ler. Tak lembik sgt, tak kenyal sgt... yg sedang sedang ajaaaaaaaa hehehe
  4. Kalo terlembik, tambah aje tepung sikit2 uli jadi kenyal semula...
  5. Biarkan doh rehat sampai dia naik gebu, agak2 dalam 1/2 jam ler kot.
  6. Lepas dlm 1/2 jam gitu dah boleh bentuk2kan (Jangan tumbuk doh, biarkan aje gebu than terus bentukkan) Dah boleh bulat2kan pastu susun dalam loyang pembakar.
  7. Susun rapat2 pastu biarkan lagi dalam 40-45 minit... doh akan naik semula.
  8. Lepas dah naik doh tu dalam loyang pembakar, boleh masukkan dalam oven.. bakar selama 30-40 minit ~ suhu 180 degree>>yg ni kita bakar dlm masa 15 min jerr :D bergantung pd oven masing2 ya..
** masa rehat doh, jgn tutup.. biarkan aje dia naik sendiri kena angin


No comments:

Post a Comment