Assalamualaikum. Nampak tak, ijauuuuu....he..he..semalam nampak mek Izah menayang Lompang Jakarta, jadi teringinn lakk. Tengok bahan2 ada kat dapur tu, jadi Mas pun buat untuk minum petang. Tengok lompang ijah tu coklat kan, sebab mek tu derhaka sikit...guna gula merah....oleh kerana stok gula merah habis..Mas pun jadi anak murid yang baik...ikut 100% resepi cikgu. Tak mo derhaka...muahahaha..kau paham ayat aku ijahhh...
Hmm..berbaloi menerai Lompang Jakarta ni...sedapp tau...Cuma yang dadih tu..rasanya lain kali kene buat lebih kalau nak dadih yang banyak sikit...maceh pada Kak Fida yang berkongsi resepi Lompang Jakarta ni di Myresepi. Sememangnya resepi2 Kak Fida ni tak pernah mengecewakan.....Mas suka..
Lompang Jakarta
Resepi : Kak Fida@myresepi
Sumber : Izah Muffin Lover - Izah
Bahan :
- 125 g tepung beras
- 2 sb tepung sagu @ ubi
- 200 ml santan pekat (100ml sntn KARA + air)
- 1/2 sk air kapur
- 200 ml air *
- 125 g gula pasir *
- 1 sk pandan pes + pewarna hijau
Topping Dadih :
- 160 ml santan pekat (100ml sntn KARA + air)
- 1/4 cawan tepung beras
- 1/4 sk garam
Cara membuatnya :
- Masak bahan bertanda * dengan sehelai daun pandan, jadikan air gula dan sejukkan.
- Campurkan air gula dengan tepung beras dan tepung sagu @ ubi, santan pekat, air kapur, pandan pes dan pewarna hijau, kacau dan tapis. Ketepikan.
- Satukan bahan2 dadih, kacau, tapis dan ketepikan.
- Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak dan panaskan di dalam kukusan.
- Tuang adunan hijau 3/4 paras acuan lompang dan kukus selama 10 min.
- Tuang pula topping dadih ke atas lapisan hijau dan kukus lagi selama 10 min atau hingga masak.
- Sejukkan kuih dan keluarkan dari acuan dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment