Penangan cajunn lagi...mehh layan Turkish Pide yang sangat sedappp ni. Sebenarnya Mas buat dah 3 hari dah...lupa lak nak n3kan...kikikikiki...bukannya apa..ada jerk yang nak potong Q....jadi hari baru Turkish Pide muncul kat sini lak. Untuk yang dah merasa turkish pide ni..mesti dah tahu kan kesedapan turkish pide ni....sedapp sangat...Mas pun ari tu sedar tak sedar dah ngap 2 biji...kikikikiki...maceh pada Kak Nor, Kak Ayu, Ika dan Zaliedana yang berjaya menggoda Mas untuk menerainya...
Turkish Pide
Resepi : From http://resipidiana.blogspot.com
Bahan Doh pide :
- 480 g tepung roti
- 375 ml air suam ~ k.nor guna 300ml jer (just nice)
- 60 ml minyak zaitun
- 1 sudu besar yis
- 1 sudu teh garam,
- secubit gula kastor ~ k.nor letak 2 sudu besar gula castor
Bahan Inti pide :
- 250 g daging cincang
- 250 g cheese mozarella, dipotong nipis
- 150 g cheese cheddar, dipotong dadu
- 2 biji tomato, dipotong dadu
- 1 biji bawang dpong dadu
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/2 sudu teh serbuk cayenne
- 1/2 sudu teh serbuk hot cajun
- 1 sudu besar minyak zaitun
- 3 biji telur
- daun sup secukupnya, dipotong halus
- garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka
- 50ml susu segar
- 1 biji telur
Cara membuat pide :
- Larutkan yis dan gula dengan 125ml air suam dan ketepikan pada suhu bilik selama 10 minit sehingga berbuih.
- Menggunakan tangan masukkan 90g tepung roti kedalam aduan yis yang telah berbuih tadi dan gaul rata sehingga adunan menjadi adunan yang lembik.Taburkan atas permukaan adunan sengan sedikit tepung roti dan tutup dengan tuala dan biarkan pada suhu bilik selama 30 minit untuk menjadi 'sponge'
- Letakkan lebihan tepung(390g) kedalam mangkuk yang besar. Buatkan lubang ditengah dan masukkan adunan'sponge' yang telah diperap tadi, minyak dan juga lebihan air suam(250ml).(D ambil langkah senang masukkan semua dalam breadmachine dan masukkan adunan "sponge'.) Kalau gunakan tangan adunan memang melekit, tapi jangan panik.
- Selepas diuli sehingga menjadi doh yang sebati, alihkan adunan roti pide kedalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun dan tutup dengan tuala dan biarkan ia naik dua kali ganda selama 1 jam.
- (*Adunannya memang lembik, uli sampai tak melekat ditangan, dengan adding minyak zaitun and tepung sedikit demi sedikit).
- Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
- Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
- Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.
- Bahagi adunan doh pide kepada 6 bahagian(Boleh adjust nak berapa keping). Canai doh berbentuk lonjong memanjang 35cm x10cm.
- Angkat doh pide yang telah dicanaikan dan letakkan diatas loyang yang telah disapukan dengan minyak zaitun atau taburkan tepung.
- Taburkan inti pide dibahagian tengah tinggalkan 2cm pada bahagian tepi.Inti pide yang telah ditabur dibahagian tengah dilekukkan sedikit(jadi mudah untuk letak telurnya nanti).
- Tepi pide dilipat keatas inti pide sedikit dan tepinya dipusing(twist) sedikit jadi bentuknya macam sampan gitu
- Campurkan bahan untuk sapuan pide dan sapu tepi pide.Bakar pide dalam oven pada suhu 180C selama 5-7 minit sehingga doh masak.
- Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan pecahkan kuningnya.Bila waktu membakar 5-7 minit telah tamat. Keluarkan pide,tuangkan telur yang telah disediakan diatas pide pada bahagian tengah inti dan bakar selama 2-3 minit sehingga telur masak.
- Pide pun siap untuk dihidangkan. Enak dimakan panas.
No comments:
Post a Comment