Tuesday, June 7, 2011

Rendang Tok



Assalamualaikum. Meh layan dulu resepi dari kampung iaitu Rendang Tok. Mertua Mas yang masak tau, memang sedappppp....hmmm.....memang best sesekali makan masakan ibu kan. Boleh juga lihat DISINI untuk n3 sebelum ini. Rendang Tok ni memang menu wajib untuk juadah hari raya. Sedapp dimakan ngan ketupat atau lemang. Biasanya kalau anak2 berkumpul, mertua Mas memang akan masak rendang tok ni. Mas pun semenjak kahwin baru belajar makan rendang tok ni. Hmmm..dah jadi menu peberet tau....memasak rendang ni sebenarnya tak de sukatan yang betul2....kena pandai seimbangkan bahan2 tu, baru boleh dapatkan rendang yang sedapp....macam rendang tok ni, kena seimbangkan rasa kerisik, serbuk kari dan gula merah tu supaya seimbang rasanya.....gelap rendang tok tu bergantung pada kerisik dan gula merah....jadi kena pandai seimbangkan dan rendang ni mesti dimasak dengan api perlahan dan sentiasa kacau rendang tu hingga rendang tok kering. Baru la rendang tok ni tahan 2 ke 3 hari dan lebih sedapp bila dipanaskan balik.   

Rendang Tok
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 1 kilo daging lembu - dipotong
  •  santan dari sebiji kelapa - agak tuang sampai daging tu tenggelam
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 - 3 sudu besar gula merah - agak2 yerk
  • 2 sudu besar membumbung serbuk kari daging 
  • kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang
  • 1 biji bawang besar - hiris 2 nipis
  • 1/4 inci halia - hiris2
  • 1 helai daun kunyit - hiris
  • garam secukup rasa
Bahan tumbuk :
  • 1/4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/4 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 batang serai - hiris2 dulu

Cara memasak :
  1. Gaul sebati daging, bawang besar yang dihiris2, bahan2 tumbuk, halia yang dihiris2,daun kunyit, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, gula merah, kerisik dan serbuk kari, jika nak lebih sedap, perap dulu selama 1 jam.
  2. Masukkan kedalam kuali bersih, tuang santan hingga daging tenggelam, kacau sebati.
  3. Buka api perlahan dan biarkan mendidih, masukkan garam secukup rasa dan masak hingga rendang kering. Semasa masak imbangkan rasa kerisik, serbuk kari dan gula merah tu supaya seimbang.....gelap rendang tok tu bergantung pada kerisik dan gula merah....jadi kena pandai seimbangkan....masak hingga rendang tok kering, boleh juga lembab jika suka dengan api perlahan dan sentiasa kacau rendang tu.
  4. Sedap dimakan dengan nasi panas, roti atau pun pulut...


No comments:

Post a Comment