Tuesday, June 7, 2011

Pau (Red Bean Buns) gebu !!


               
Assalamualaikum. N3 ke-2 untuk ari ni, meh layan Pau (Red Bean Buns) yang gebu ni. Semalam nampak mek siam Ika mengepau...jadi teringin lak......tengok bahan2 simple jerk....cuma adunan pau ni kena 2 kali uli sebab untuk resepi pau ni, double action baking powder ni diletakkan kemudian setelah adunan naik dan kemudian uli lagi....hmmm...tak pe la kan uli 2 kali sebab bibik yang mengulinya..kikikiki....jadi Mas pun try buat petang semalam. 1 adunan boleh menghasilkan 20 biji pau saiz comei...hmmm..puas gak Mas sekeluarga makan....memang gebu gebas dan lembut jerk pau ni walaupun dah sejuk...memang bestt....

Pau (Red Bean Buns)
Resepi : Jane Chew
Sumber : Arah - Ika
Bahan A :
  • 300g Tepung Hong Kong - Mas dan Ika guna tepung pau
  • 150g Susu segar
  • 50g Gula caster
  • 1 1/2 Tbs Shortening
  • 1 tsp yis
  • Sedikit garam
Bahan B :
1 tsp Double Acting Baking Powder + 1 tbs Air
Inti Pau
480g Inti Kacang merah readymade 
bulat2kan inti td anggaran berat 30g sehingga habis dan ketepikan.

Cara membuatnya :
  1. Satukan semua bahan A dan uli sehingga licin tak melekat di tangan. Tutup dgn tuala lembap atau cling wrap dan penaikkan doh 2 kali ganda(lebih kurang 45min-1jam).
  2. Satukan pula bhn B dan uli doh kembali sehingga sebati dan licin. Rehatkan lagi selama 15 min sebelum dibentukkan bulat.
  3. Kemudian, bahagikan doh kepada 16 bhgn iaitu berat setiap 1 anggaran 35g.
  4. Isikan dgn inti merah tadi atau inti kesukaan dan tutup doh rapat2 utk mengelakkan inti terkeluar semasa mengukus nanti. Buat sampai habis dan susunkan di atas tray pengukus.
  5. Rehatkan kembali lebih kurang 30minit.
  6. Panaskan air kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus pau.
  7. Apabila air kukusan telah mendidih, kukuskan doh yg telah disusnkan didalam tray td dgn menggunakan api yg besar selama 10 minit dan renggangkan sedikit penutup pengukus dan biarkan lagi selama 5minit. Tutupkan api dan biarkan sebentar di dalam pengukus lebih kurang 3-5 minit, hidangkan panas2.



No comments:

Post a Comment