Monday, June 6, 2011

Puding Tauhu...... Segarrrrrrr dan Sedapppppp




Assalamualaikum. 
Bersiaran lagi ngan resepi Puding Tauhu......yang segarrrrrrr dan sedapppppp bila dimakan. Mas buat kat kampung Ahad lepas, jadi dah abiss yerk...hmmm..Mas macam Izah gak...rasanya lepas ni nak buat lagi puding ni. Walaupun Mas buat 1 adunan....memang tak cukupp rasanya bila dimakan ramai2.....sangat sedappp...Puding Tauhu ni sangat serasi ngan air laici tu tau....Untuk kali ni Mas tuang jerk adunan Puding Tauhu tu dalam loyang, kemudian baru dicedok masuk kedalam gelas bila nak makan......sebenarnya ada gak buat dalam acuan apam..tapi bila dah tak sabar2 nak makan...tak sempat nak posingkan puding yang dalam bekas apam tu...kikikiki jadi Mas entrykan yang dicedok ngan sudu jerk...tak de nampak menarik sangat...tapi rasanya.....hmmm...sangat sedappppp tau...
Terima kasih pada Kak Nor yang selalu berkongsi resepi2 yang best2 belaka.....


Puding Tauhu

Bahan : 
1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan) ~ lebih kurang 18gm
1 1/2 liter air
1 cawan santan pekat
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan - disimpulkan

Cara membuat Puding Tauhu :
Masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas ( spt taufo fah ) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan hidangkan bersama laici atau fruit koktel.





Untuk kuahnya:
1 tin laici - laici tu di siat2kan ( boleh juga guna fruit koktel )
2 tin air ( gunakan tin laici sbg sukatan )
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya )
3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia


Cara Membuatnya :
Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. 
Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. 
Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (kecuali laici atau fruit koktel) dan masaklah hingga mendidih. 
Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..


No comments:

Post a Comment