Assalamualaikum.
Alhamdulillah, Mas sekeluarga selamat sampai ke Subang malam tadi......hmmm....hari ni kerja mendobi dan mengemas pun jadi berganda2 la kan....rasanya masak untuk ari ni pun ala kadar jerk...kikikiki..lagi pun Mas ngan anak2 jerk kat rumah...abang kerja pagi ni.
Jadi layan lah dulu Pes Sambal ni. Pes Sambal ni memang Mas buat tiap2 minggu untuk memudahkan kerja2 memasak....boleh lihat DISINI untuk n3 Pes Sambal sebelum ni. Mas selalu gunakan Pes Sambal ni untuk menggoreng bihun, mee , nasi dan kuetiaw goreng dan juga memudahkan untuk membuat sambal ayam, ikan, udang, sotong, daging dan lain2. Hanya perlu tumis balik pes sambal tu, letak sedikit minyak jerk dan masukkan ayam @ ikan yang telah digoreng @ daging yang telah direbus empuk @ sotong @ udang dan masak seketika dan boleh tambah sedikit air panas jika nak sambal tu berkuah sedikit. Tak mengambil masa lama sebab Pes Sambal ni dah cukup masak. Memang memudahkan Mas memasak sambal. Jadi Mas kongsi2kan disini....selamat mencuba...
Pes Sambal
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
1 1/2 biji bawang besar - lebih banyak lebih sedap - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
20 tangkai cili kering ( ikut pedas cili tu ) - dipotong2 dan direbus dengan air panas, toskan dan buang biji cili tu - dikisar
sedikit udang kering - agak2 untuk sedapkan sambal ( tak letak pun tak pe) - dikisar
sedikit ikan bilis ( agak2 utk sedapkan sambal ) - dikisar
1 biji bawang besar - dihiris2 nipis
garam dan gula secukup rasa
1 kiub ikan bilis
3 - 5 keping asam keping - bergantung pada jenis asam
Cara :
Tumis bawang besar yang dihiris2 tadi dan kemudian masukkan bahan2 yang telah dikisar dan tumis dengan minyak secukupnya.
Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa, 3 - 5 keping asam keping, 1 kiub ikan bilis dan kacau rata dengan api perlahan hingga sambal pecah minyak dan garing, Mas selalu masak lebih kurang 1 jam.
Memasak sambal ni perlu pandai agak2 minyak tu masa memasak supaya sambal tak mudah kering dan hangit semasa proses memasak.
Setelah sambal pecah minyak,sejukkan dan boleh masukan kedalam bekas bersih bertutup rapat dan boleh disimpan dalam freeze dan boleh bertahan hingga 2 minggu lebih.
Semasa hendak mencedok sambal, gunakan sudu bersih yang kering.
Pes sambal ni boleh digunakan untuk aneka masakan, hanya perlu tambah bahan2 lain seperti halia untuk sambal ayam @ puri tomato dan sos cili untuk ayam masak merah.
Untuk sambal sotong, udang @ ikan, hanya perlu panaskan balik pes sambal tu, kemudian ,masukkan udang @ sotong dan masak sekejap...begitu juga dengan ikan...
Boleh juga digunakan untuk menggoreng nasi, bihun, mee @ kuetiaw.
Untuk asam pedas, hanya tumbuk kunyit dan halia, kemudian masukkan pes sambal dan masak seperti memasak asam pedas yg biasa.
No comments:
Post a Comment