Monday, June 13, 2011

Ayam Cencalok



Assalamualaikum. Resepi tertunggak yang akhirnya menjadi juga, memang dah berangan nak buat bila first time tengok Che Mat Gebu menayang Ayam Cencalok ni. Tapi terpendam dulu disebabkan tak de stok cencalok kat rumah. Lepas tu nampak Kak Ayu S'pore dan Kak Nor lak menerainya....tak juga buat2 sebab masalah asyik lupa jerk nak beli cencalok....jadi bila  tetiba mata ni ternampak cencalok kat Tesco baru2 ni, terus Mas ambik sebotol...dan meneraiiinya.....hmmm...memang sedappp Ayam Cencalok ni....terbaikk.....Ain ngan Daniel suka...abang pun tak dapat meneka ada cencalok dalam resepi ayam ni....sangattt sedapppp...patut la Kak Nor kata anaknya angkat jari tanda sedappp....cuma ada satu benda yg jadi masa Mas buka tudung botol cencalok ni....cencalok tu tersembur keluar macam air gas yang digoncang2.....habisss percik satu dapurrr...sampai Mas pun mandi cencalok....kenapeee yerkkk....ada sesiapa yang tahu....rasa macam serik jerk nak buka botol cencalok baru lagi....first time Mas mandi cencalok tau..nasib baik Mas sorang jerk kat rumah.....kikikiki...minta tolong yerk sesiapa bagi petua cara nak buka botol cencalok baru......nak buat lagi siaran ulangan Ayam cencalok ni.....he..he..

Ayam Cencalok
Sumber : Kak Ayu S'pore dan Kak Nor
Bahan :
  • 8 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
  • 600 g dada ayam, potong sedernana kecil
  • 1/2 cawan cencalok, toskan airnya
  • 3 helai daun limau purut
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 3 biji limau kasturi, ambil jusnya
  • 2 camca besar gula
  • 2 biji cili merah, hiris
  • 2 biji cili hijau, hiris ~ k.nor tambah cili padi sket
  • 8 biji bawang merah*
  • 2 cm kunyit hidup*
  • 3 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)
  • Garam (jika perlu)
  • 1 cawan air
Cara Memasak :
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
  2. Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut, gaul rata. Masukkan air asam dan tambah gula dan juga air. Kacau dan biar mendidih. Masukkan sebahagian bawang merah/putih goreng tadi dan juga hirisan cili merah/hijau. Kacau rata2.
  3. Perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa. Jika perlu tambah garam (tapi rasa mat tak perlu lah tambah garam, sebab cencalok pun dah masin). Hidangkan segera bersama nasi hangat.
Catatan Mat Gebu: 

Kalau nak pedas cili hijau/merah tu tadi boleh ditukar dengan hirisan cili padi. Guna udang pun sedap juga, campur dengan petai....Sesuaikan rasa ikut citarasa individu, kalau tak nak masam, tak payah letak jus limau kasturi (tapi kurang "kick")....Selamat mencuba!...


No comments:

Post a Comment