Wednesday, June 1, 2011

Muffin Coklat berYogurt



Assalamualaikum. Hmmmm...nampak biruuu tak..kikikiki..jumpa lagi satu kedai bakery yang jual pelbagai jenis corak dan warna muffin cup. Pening lak nak memilih yang mana satu. Kedai bakery ni kat area plaza masalam, kat Shah Alam jerk. Kedainya tak de besar sangat....tapi ada pelbagai jenis muffin cup. Yesss..dah jumpa kedai yang dicari2....dekat lak tu....Jadi meh layan Muffin Coklat berYogurt lak. Resepi dari tauke mapin kita makcik Izahdaut kita tu. Memang best mapin ni....cuma diderhakakan dengan menukar choc chips ngan gajus...tetapp menteng sedapppp..suka lak bebudak tu mengutip gajus yang berterabur tu..kikikiki...ari ni air lak tak de..hmmm..rasanya gantung kuali la jawabnya...ari tu ada kasi notis, katanya tak de air Isnin dan Selasa...dok tunggu...air ada jerk...tup2..subuh tadi terus tak de air..sabo jerk la..nasib baik ada simpan air...hmmm...tuan tanah pun nak kluar jap .....kau orang layan dulu yerk mapin ni....

Muffin Coklat berYogurt 
Resepi : Izahdaut
Bahan :
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sb membumbung serbuk koko
  • 3/4 sk baking powder
  • 1/4 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 cawan + 2 sb gula perang
  • 3/4 cawan coklat chip
  • 1 biji telur- dikocok sedikit
  • 1 cawan susu segar
  • 1/4 yogurt
  • 1/4 minyak sayur
  • 1 sudu kecil essence vanilla
  • 1 sk cuka *optional- jika tidak menggunakan telur

Cara membuatnya :
  1. Ayak tepung, serbuk koko, soda penaik dan garam ke mangkuk besar.
  2. Kemudian masukkan gula perang dan coklat chip. Gaul semuanya sebati. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk yang lain, sebatikan telur, susu segar, yogurt, minyak sayur dan essence vanilla.
  4. Masukkan bahan basah ke dalam mangkuk tepung tadi.
  5. Adunan sedikit cair.
  6. Masukkan ke dalam muffin cup 3/4 penuh atau hampir penuh.
  7. Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.

No comments:

Post a Comment