Sunday, June 5, 2011

Donut Yogurt Resepi 2



Assalamualaikum. Masih lagi dikampung..hmmmm..nak mengadap lappy pun macam malas jerk walaupun hati ni teringat jerk kat member2 alam maya. Biasa la kan...mood kat kampung...kikikiki...ari ni meh layan dulu n3 tertunggak Mas. Donut Yogurt ni Mas buat khamis lepas, jadi dah abiss yerk...
Hmm...pada Mas donut yogurt ni memang best...lembut dan gebu jerk walaupun dah sejuk...tak mau bebel2 lagi..meh layan resepinya lak...

Donut Yogurt
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 500 gm tepung gandum
  • 11 gm yis
  • 200 ml yogurt asli
  • 100 gm gula pasir
  • 35 gm marjerin
  • 30 gm lemak sayur
  • ½ sdt garam
  • 4 biji kuning telur
  • 100 ml susu segar sejuk dari petiais

Cara membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan dalam bread maker dan tekan butang Dough dan biarkan bm menguli hingga siap dan adunan naik.
  2. Keluarkan adunan dan tumbuk2 untuk buang angin dan buat bulat2 dan kemudian leperkan. Rehatkan 20 minit atau hingga donut mengembang.
  3. Buat lubang tengahnya, menjadi bentuk donat dan terus goreng sampai kuning kecoklatan ( gunakan api perlahan semasa goreng ), semasa goreng putar2 tengah lubang donut tu dengan chopstick supaya lubangnya tak tenggelam sebab donut ni akan naik lagi semasa menggoreng.
  4. Angkat dan toskan sebentar baru salutkan donat dengan gula halus atau hias dengan coklat. 


No comments:

Post a Comment