Wednesday, June 15, 2011

Kuih Kaswi Gandum baikk punyaa.....


Assalamualaikum. Bersiaran lagi dengan Kuih Kaswi Gandum. Tahu nape Mas cakapp baik punyaa..sebab kaswi ni sangat sedappp...elokkkk jerk lembuttnya....rasanya pun sangat seimbang...tak terlalu maniss..kiranya tak rasa mual bila memakannya...bak kata Anna kat fb....bila dah makan.....mesti nak makan lagi dan lagi....betul kan Izahdaut. Memang dah teringin sangat bila tengok Izah menayang Kaswi gandum ni ari tu...tapi kelapa lak tak de kat kedai ari tu...jadi bila dah ada kelapa semalam.....terus Mas beli dan buat petang tu juga....hmmm....lepas dah kempunan...Daniel pun banyak juga makan kaswi ni sebab memang kuih peberet dia ni. Kira Mas buat 1/2 adunan...puas juga makan 3 beranak...ada sikit lagi tu berbaki....he..he...

Kuih Kaswi Gandum
Sumber : Izahdaut dan Anna
Bahan Sirap :
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • *saya tambah beberapa helai daun pandan
Masakkan semua dan sejukkan

Bahan lain :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
  • 1 sudu kecil kapur kueh [optional]
  • Kelapa parut ( yang muda)
  • Sedikit garam
Cara :
  1. Panaskan kukusan.
  2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. ( Lapikkan pelastik saiz loyang )
  3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
  4. Masakkan sehingga masak ( 30 minit )
  5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
  6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
  7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.




No comments:

Post a Comment